26/05/13

Kisah Sayang Esok Saja Kita Cabut Iyer..




Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang… ! Macam mana ni bang.."

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.


Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: "Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."


Sejak dari tadi bapa mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.


Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"


Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".


p/s : jangan fikir2 yg bukan2 yerr...



sumber:http://www.kongsiberita.com/

24/05/13

Kisah Mimpi Yang Tak Sudah

“Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.”Cantik isteri abang hari ni,” Ahmad mencubit pipi Julia lembut.”Ayah, ayah, cepat la yah,” Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.


“Yelah, yelah, ayah dah siap ni.”

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?”

“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni
abang ada peluang untuk cuti panjang.” Ahmad berkata kepada isterinya
tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat
jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
isterinya, Julia. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Ahmad berkata
dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

“Tak ada apa la sayang, rileks… cepat sikit kita sampai kampung nanti.”
“Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa…. jangan laju sangat bang, Julia takut.” Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.”Rileks Julia, tak ada apa-apa,” Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.”Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

“Sudah la tu bang.”

“Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa….” Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan…. di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!.

“Julia….bangun nak,” sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

“Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?” Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

“Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar……. dan Julia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! ”
hahahahaha…….

p/s: memang gatai nak kawen sangat nih…hehehe








Video Akibat Berdegil Tian Chua Diheret Dan Diusung Oleh Polis

Enggan Beri kerjasama kepada pihak berkuasa Tian Chua ditangkap dan diheret ke dalam kereta.Namun pada pandangan admin pihak berkuasa hanya menjalankan tugas yang diberikan apapun lain orang lain pandangan lihat video dibawah-sumber:http://celahgelegar.blogspot.com/

NGERI: Pembedahan Payudara Untuk Jadi Pondan

apabila Allah ciptakan lelaki dan perempuan seharusnya kita bersyukur kerana kita adalah insan yang terpilih daripada ribuan benih sperma.Namun amat menyedihkan apabila ada segelintir manusia yang sanggup mengubah ciptaan Allah iaitu yang perempuan ingin jadi lelaki yang lelaki ingin jadi perempuan lihatlah sendiri gambar-gambar proses mengerikan pembedahan payudara untuk menjadi pondan

















sumber:http://celahgelegar.blogspot.com

5 Sikap Perempuan Yang Tidak Disukai Lelaki



Tidak hanya wanita yang boleh menjahui jenis lelaki tertentu. Lelaki juga boleh menjauhi jika wanita memiliki ciri-ciri yang tidak mereka sukai. Apa agaknya jenis wanita yang tidak disukai lelaki? Ini dia kisahnya, seperti dinyatakan oleh Times of India (10/01).


1. Suka bercakap buruk
Tidak hanya cerewet, wanita jenis ini suka bergosip dan menjelek-jelekkan orang lain. Tidak hanya itu, wanita ini juga suka mengeluh. Haiz, siapalah yang mahu dekat-dekat dengan wanita seperti ini. Lelaki pasti akan segera menjauhinya.
2. Gila diet
Wanita jenis ini tidak akan tenang setiap kali inign makan sesuatu. Dia selalu mengeluh soal berat badan, menolak semua makanan kerana kadar kalori di dalam badannya. Sebenarnya menjalani diet dan memilih makanan yang sihat adalah hal yang wajar, namun jangan berlebihan. Dengan sikap diet anda menjadi penyebab kenapa lelaki menjauhkan diri dari anda.
3. Tidak suka mertua
Semua orang setuju bahawa hanya yang beruntung saja yang mendapatkan mertua idaman. Jika Anda termasuk yang tidak beruntung, itu adalah hal yang wajar. Ada banyak orang yang merasa tidak sesuai dengan mertua mereka. Namun ini bukan bererti anda boleh berkata buruk atau menjelek-jelekkan mertua. Bagaimanapun mereka adalah orang tua pasangan anda. Jika Anda tidak boleh berbicara dengan baik pada mereka, sebaiknya diam saja.
4. Gila kerja
Lelaki tidak suka dengan wanita yang terlalu banyak bekerja. Terutama jika mereka selalu membicarakan pekerjaan setiap kali keluar. Lelaki tidak ingin tahu apa yang anda kerjakan di pejabat, mereka ingin tahu apa kesukaan anda, cara pandangan anda terhadap kehidupan, mengenai dirinya. Jika anda tidak mempunyai waktu untuk mengurus kehidupan kerana sibuk dengan pekerjaan, bagaimana anda boleh mempunyai waktu untuk lelaki?
5. Tukang menasihati
Ada beberapa wanita yang merasa mereka ahli nujum dalam menasihati orang lain. Mereka merasa bahawa orang lain akan menjadi baik dengan semua petunjuk mereka. Pasti wanita jenis ini akan cerewet mengenai apa yang harus dilakukan oleh pasangan. Tentu saja lelaki akan segera menjauhi wanita seperti ini. Pasti tidak ada lelaki yang suka berpasangan dengan wanita seperti kerana sikapnya yang kuat membebel.
Jika anda tak ingin dijauhi lelaki, sebaiknya kurangkan sifat-sifat seperti di atas.

Harimau Mempunyai Anak Angkat Babi

Diceritakan bahawa, ibu harimau tersebut telah kematian bayi harimaunya yang baru lahir akibat daripada kelahiran pra matang. Hari demi hari, ibu harimau itu menjadi semakin tertekan dan kesihatannya semakin meruncing. Selepas didiagnosis, didapati, ibu harimau tersebut sedang mengalami kemurungan.

Kata sepakata daripada pihak zoo untuk mencipta bayi baru untuk ibu harimau tersebut. Mereka mengambil anak babi, dan membalutnya dengan kain seakan kulit harimau, dan memberikannya kepada ibu harimau tersebut.

Kini, ibu harimau tesebut, telah menganggap, bayi-bayi babi tersebut seperti anak sendiri, dan kesihatannya semakin pulih.
 
sedih admin tengok cuba anda bayangkan harimau pun tertekan sampai sesihatannya terganggu akibat kematian anak manusia yang ada otak pula sanggup buang anak renung-renungkan lah :(

Gambar Majlis Perkahwinan Antara Katak

Majlis perkahwinan antara katak ini telah dilakukan sebagai satu percubaan bagi menyelesaikan kemelut "sumpah kemarau" yang telah melanda wilayah Assam selama beberapa bulan yang mengakibatkan kekurangan bekalan air. "Mengikut kepercayaan mereka, apabila sebuah perkahwinan antara katak dilakukan, Barun Devata (Dewa Hujan) akan menurunkan hujan" kata bekas kaunselor, Bijoy Das

Perkahwinan antara katak tersebut iaitu - katak jantan sebagai Barun (bermaksud angin) dan katak betina sebagai Bijali (bermaksud guruh) - telah disambut dengan penuh adat istiadat perkahwinan masyarakat Assam termasuk lagu-lagu serta hadiah yang dipersembahkan kepada "pengantin".

Pasangan "pengantin" tersebut telah dijamu dengan hidangan istimewa iaitu lalat dan nyamuk. Selepas upacara perkahwinan selesai, pasangan "pengantin" tersebut akan dilepaskan di sungai yang berhampiran sebagai proses "berbulan madu".

Seorang jurucakap tempatan berkata, "Majlis perkahwinan tersebut telah berlangsung dengan sempurna. Kami harap hujan akan turun tidak lama lagi. Wilayah ini sudah terlalu terdesak dan kami sangat-sangat perlukan hujan. Sudah tiada cara lain lagi".



Hukum Menggunakan Minyak Wangi Beralkohol


Soalan: Adakah minyak wangi beralkohol najis? Saya terbaca pelbagai pendapat tentang penggunaan minyak wangi yang beralkohol, ada yang kata haram kerana ia memabukkan, ada pula yang kata ia bukan najis. Yang mana satu yang betul?(Suhaimi Mohd Yatim)

Jawapan : Sebelum menjawab soalan ini, adalah lebih baik jika diterangkan secara ringkas apa itu alkohol yang digunakan di dalam minyak wangi dan yang dicampurkan dengan arak.

Alkohol terhasil daripada proses tindakan kimia biji-bijian dan kayu-kayuan. Alkohol yang dihasilkan daripada biji-bijian ini yang dinamakan sebagai "alkohol Etil" atau "thanol". Sementara alkohol yang terbentuk daripada kayu-kayuan pula disebut sebagai "Methyl" atau Metanol. Alkohol Etil yang dihasilkan daripada biji-bijian yang diperam cecairnya sehingga menjadi bir atau wain digunakan untuk minuman, bahan bakar juga mesra alam dan juga sebagai pengawet ubat-ubatan.

Alkohol yang dicampurkan ke dalam minyak wangi untuk menyemarakkan haruman bukan jenis ethanol sama yang digunakan di dalam arak. Sebaliknya ia menggunakan etanol mutlak (absolute ethanol) yang merupakan alkohol yang hanya mencampurkan sedikit airdan bahan lain. Oleh itu, kesannya juga berbeza dengan arak, dan tidak akan menyebabkan peminumnya mabuk sebaliknya mati!

Berdasarkan kepada penjelasan di atas, ternyata minyak wangi yang mengandungi alkohol TIDAK NAJIS dan boleh digunakan untuk bersolat. Ini juga adalah fatwa yang dikeluarkan  oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa al-azhar. Begitu juga pendapat Sheikh Sya'rawi dalam bukunya Anta Tas'al Wa Islam Tujib (Anda Bertanya Islam Menjawab) bahawa minyak wangi yang menggunakan alkohol tidak najis.-http://alfatehdarwisya.blogspot.com

Pelik Wanita Sedar Dari Koma Jadi Lesbian


LONDON – Seperti yang kita tahu dan sering dengar, manusia akan berubah ke arah menjadi lebih baik setelah ditimpa sesuatu musibah.Namun berbeza halnya dengan ibu kepada dua anak Vicki Salmon, 36.Musibah kebakaran pangsapuri pada Julai tahun lalu telah mengubah keperibadian Vicki ke arah yang pastinya kita sukar hendak fahami dan terima.
Akibat kebakaran itu yang memusnahkan flet miliknya di Brinnington, Stockport, dia terbaring koma selama beberapa hari.Sebaik sedar, Vicki menjadi insan yang berbeza, lapor akhbar The Sun (UK).Minatnya kepada lelaki pudar sebaliknya berganti dengan minat kepada kaum sejenis.


Sebelum koma, dia mengaku pernah tidur dengan 20 lelaki. Namun kini dia amat benci pada setiap lelaki dan mulai jatuh cinta pada wanita.“Saya dahulu selalu tergila-gila pada lelaki. Saya ada temu janji pada malam kejadian, kini semua itu telah berubah,” kata Vikki.
Dia mulai jatuh cinta dengan kaum sejenis apabila bertemu Julie Smith, 25 tahun. Kini mereka hidup bersama di Brinnington.Teman dan keluarganya amat terkejut dengan perubahan tiba-tiba yang terjadi padanya. Beberapa dari mereka menyokong, manakala sebahagian pula menentang.-mynewhub

Hukum Terlanjur Dan Mengandung Baru Nak Kahwin

sudah lumrah akhir zaman bercinta terlanjur kemudian ada yang mengandung baru nak berkahwin.Adakalanya pasangan tidak bertanggungjawab menyebabkan si wanita menanggung sendirian apabila lahirnya zuriat ke muka bumi maka anak tersebut dibuang seperti sampah memang menyedihkan.Berbalik tajuk diatas apakah hukum terlanjur sehingga mengandung.Kemudian bolehkah berkahwin ketika sedang mengandung berikut jawapan Ustaz Azhar Idrus


Kisah Benar Kucing Berubah Menjadi Wanita

Kisah Benar Dari Nigeria, Kisah Benar Kucing Berubah Menjadi Wanita  Suratkhabar Nigerian Tribune melaporkan bahawa ada tiga ekor kucing yang sedang menyeberang jalan ketika sebuah trak terlanggar mereka. Kucing pertama berjaya mengelak dan melarikan diri, sedangkan kucing kedua terhumban dan segera berubah menjadi seorang perempuan.

Kejadian aneh ini segera menarik perhatian orang-orang di tempat itu. Ketika mereka menyedari kejadian aneh ini, mereka segera memukul kucing ketiga (masih dalam rupa kucing) hingga mati. Kemudian mereka memukul perempuan itu hingga luka parah. Menurut para saksi yang menyaksikan kejadian itu, perempuan kucing itu yang mengaku bernama Aisha Abdukareem Ibrahim mengatakan bahwa dia dan dua temannya bertukar rupa kucing dan sedang dalam perjalanan dari Abuja ke Port Harcourt untuk membunuh tiga orang musuh mereka.

Perempuan itu mengatakan mereka telah berhasil membunuh dua orang, namun mereka menghadapi kesulitan ketika hendak membunuh orang ketiga. Oleh itu mereka memutuskan untuk kembali ke Abuja.Seorang saksi yang bernama James mengatakan perempuan itu kemudian berpura-pura lupa ketika melihat orang-orang berkerumun di sekitarnya. Dia pura-pura bertanya apa yang telah terjadi.

“Aku belum pernah melihat kejadian ini selama hidupku. Aku melihat tiba-tiba seorang perempuan  cedera dan mengelupur di jalan, bukan kucing.” Kata James.

Ketika Nigerian Tribune tiba di lokasi kejadian dekat Garrison Junction, Cat woman itu sedang duduk di tanah dengan darah di seluruh tubuhnya. Bahagian kanan wajahnya mengalami luka yang cukup dalam. Orang ramai memukulnya akibat marah kerana mereka melihat bahawa perempuan itu adalah seorang ahli sihir. Kemudian perempuan itu dibawa ke rumah sakit untuk mendapatkan rawatan.

Bantuan dari pihak polis dilakukan untuk mencegah orang ramai yang marah dari membunuhnya. Bahagian homisid polis setempat mengatakan bahawa perempuan itu sudah dibawa ke rumah sakit dan diawasi selama 24 jam untuk mencegahnya dari menghilangkan diri. Di Afrika, penyihir-penyihir di benua itu dilaporkan memiliki kemampuan untuk berubah bentuk menjadi haiwan. MeeoOOWW !!!http://mforum2.cari.com.my



Kisah Sedih Kerana Dia Seorang Ayah

.gambar hiasan

Kisah Sedih Seorang Ayah

KERANA DIA SEORANG AYAH -Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.


Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekepi­ng duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...



sumber


KISAH SEORANG YAHUDI YANG MENGISLAMKAN JUTAAN ORANG.



JAD,SI ANAK YAHUDI YANG GEMAR MENCURI.

Di suatu tempat di Perancis sekitar lima puluh tahun yang lalu, ada seorang tua berasal dari Turki berumur 50 tahun bernama Ibrahim,beliau merupakan seorang tua yang menjual makanan di sebuah deret kedai makanan. Kedai tersebut terletak di sebuah apartment dimana salah satu penghuninya adalah keluarga Yahudi yang memiliki seorang anak bernama Jad dan berumur 7 tahun.


Jad si anak Yahudi tadi hampir setiap hari mengunjungi kedai makanan, tempat dimana Ibrahim bekerja untuk mencari rezeki.Setiap kali Ibrahim hendak keluar dari kedai nya, Jad selalu mengambil sepotong coklat milik kedai Ibrahim tanpa izin.Ini kerana Jad beranggapan Ibrahim merupakan seorang tua yang cuai dan leka,jadi mudah lah bagi nya untuk mencuri coklat di kedai ibrahim.

Pada suatu hari setelah selesai berbelanja, Jad lupa untuk memngambil coklat seperti biasanya. ketika Jad mau keluar,tiba-tiba Ibrahim memanggilnya dan memberitahu Jad yang dia lupa mengambil sepotong coklat sebagaimana kebiasaannya. Jad terkejut, kerana selama ini dia mengira bahawa Ibrahim tidak mengetahui apa yang dia lakukan selama ini. DIa pun segera meminta maaf dan takut jika saja Ibrahim melaporkan perbuatannya tersebut kepada orangtuanya.

Ibrahim pun menjawab: “Tidak mengapa, yang penting kamu berjanji untuk tidak mengambil sesuatu tanpa izin, dan setiap saat kamu mau keluar dari sini, ambillah sepotong coklat, itu adalah milikmu!” Jad pun menyetujuinya dengan penuh kegirangan.

Waktu berlalu, tahun pun berganti dan Ibrahim yang muslim ibarat seorang ayah dan teman akrab bagi Jad si anak Yahudi.

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali Jad menghadapi masalah, dia selalu datang dan mengadu isi hatinya kepada Ibrahim. Dan setiap kali Jad selesai bercerita, Ibrahim selalu mengambil sebuah 'buku' dari laci, memberikannya kepada Jad dan kemudian menyuruhnya untuk membukanya. Setelah Jad membukanya, kemudian Ibrahim membaca dua lembar darinya, menutupnya dan mulai memberikan nasihat dan solusi dari permasalahan Jad.Beberapa tahun pun berlalu dan begitulah hari-hari yang dilalui Jad bersama Ibrahim, seorang Muslim Turki yang tua dan tidak berpendidikan tinggi.

JAD MENGINJAK DEWASA.

14 tahun berlalu, kini Jad telah menjadi seorang pemuda gagah dan berumur 24 tahun, sedangkan Ibrahim saat itu berumur 67 tahun.

Ibrahim pun akhirnya meninggal, namun sebelum dia meninggal dunia,dia telah mewasiatkan sebuah kotak yang dititipkan kepada anak-anaknya dimana di dalam kotak tersebut diletakkan sebuah 'buku' yang selalu dia bacakan kepada Jad setiap kali jad mengadu permasalah kepadanya. Ibrahim berwasiat agar anak-anaknya nanti memberikan 'buku' tersebut sebagai hadiah untuk Jad, seorang pemuda Yahudi.

Jad mengetahui kepulangan Ibrahim ke Rahmatullah apabila anak lelaki Ibrahim menyampaikan wasiat untuk memberikan sebuah kotak. Jad pun merasa hiba,bersedih hati,murung dan sangat berdukacita dengan berita tersebut,ini kerana Ibrahim lah yang selama ini memberikan solusi dan tunjuk ajar dari semua permasalahannya, dan Ibrahim lah satu-satunya teman sejati baginya dari sejak kanak-kanak hingga lah dia dewasa.Ibrahim bagi nya ibarat,ayah,teman,guru,dan tempat mengadu.

Hari-haripun berlalu, Setiap kali dirundung masalah, Jad selalu teringat Ibrahim. Namun dia sedar Ibrahim telah tiada dan hanya meninggalkan sebuah kotak. Kotak yang selalu dia buka, di dalamnya tersimpan sebuah 'buku' yang dulu selalu dibaca oleh Ibrahim setiap kali Jad datang mengadu masalah nya.

Jad lalu mencuba membuka lembaran-lembaran 'buku' itu,Jad mula perasan yang ia adalah sebuah kitab yang selama ini sewaktu masih kanak-kanak dia mengira itu adalah sebuah buku biasa.Akan tetapi kitab itu bertulisan bahasa Arab sedangkan dia tidak bisa membacanya. Kemudian dia pergi berjumpa salah seorang temannya yang berbangsa Tunisia dan memintanya untuk membacakan dua lembar dari kitab tersebut, sebagaimana kebiasaan Ibrahim dahulu yang selalu memintanya membuka lembaran kitab itu saat dia datang untuk memohon tunjuk ajar.

Rakan nya yang berbangsa Tunisia tersebut kemudian membacakan dan menerangkan makna dari dua lembar yang telah dia tunjukkan. Dan ternyata, apa yang dibaca oleh temannya itu, amat kena sekali dengan permasalahan yang dialami Jad kala itu. Lalu Jad bercerita mengenai permasalahan yang tengah menimpanya, Kemudian teman Tunisianya itu memberikan solusi kepadanya sesuai apa yang dia baca dari kitab tersebut.

Jad pun terduduk,melopong dan terkejut, kemudian dengan penuh rasa penasaran dan ingin tahu Jad pun bertanya dengan suara keras penuh kehairanan,

“Buku apa ini !?”
Rakan nya menjawab : “Ini adalah Al-Qur’an, kitab suci orang Islam!”

Jad sedikitpun tak percaya, namun sekaligus dia merasa takjub,

Jad lalu kembali bertanya: “Bagaimana caranya menjadi seorang muslim?”

Temannya menjawab : “Mengucapkan syahadat dan mengikuti syariat!”

Setelah itu, dan tanpa ada rasa ragu, Jad lalu mengucapkan Syahadat, dian pun memeluk agama Islam!

JAD KINI JADULLAH AL QURANI

Jad kini ialah Jadullah .Seorang Muslim bernama JADULLAH AL QUR'ANI.Dia menggantikan namanya dengan nama di belakang nya 'AL QUR'ANI sebagai rasa takdzim atas kitab Al-Qur’an yang begitu istimewa dan mampu menjawab seluruh problem dan permasalahan hidupnya selama ini sejak dari kecil hingga dia dewasa. Dan sejak saat itulah dia memutuskan akan menghabiskan sisa hidupnya untuk mengabdikan hidup dan diri nya menyebarkan ajaran Al-Qur’an.

Maka bermula lah Jadullah mempelajari Al-Qur’an serta memahami isinya, dilanjutkan dengan berdakwah di Eropah hingga berhasil mengislamkan enam ribu Yahudi dan Nasrani.

Suatu hari, Jadullah membuka lembaran-lembaran Al-Qur’an hadiah dari Ibrahim itu. Tiba-tiba dia mendapati ada sebuah lembaran bergambarkan peta dunia. Pada saat matanya tertuju pada gambar itu dia yakin itu ialah gambar benua afrika,dan di atasnya tertera tanda tangan Ibrahim dan dibawah tanda tangan itu tertuliskan ayat :

((اُدْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ…!!))

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik!!…” (QS. An-Nahl; 125)

Ialu dia pun yakin bahawa ini adalah wasiat dari Ibrahim dan dia memutuskan untuk melaksanakannya.

Beberapa waktu kemudian Jadullah meninggalkan Eropah dan pergi berdakwah ke negara-negara Afrika yang diantaranya adalah Kenya, Sudan bahagian selatan (yang majoriti penduduknya adalah Nasrani), Uganda serta negara-negara sekitarnya. Jadullah berhasil mengislamkan lebih dari 6.000.000 (enam juta) orang dari suku Zolo, ini baru satu suku, belum dengan suku-suku lainnya.

KISAH AKHIR HAYAT JADULLAH

Jadullah Al-Qur’ani, seorang muslim sejati, seorang da’i hakiki,pendakwah yang menghabiskan umur 30 tahun sejak keislamannya untuk berdakwah di negara-negara Afrika yang gersang dan berhasil mengislamkan jutaan orang.

Jadullah wafat pada tahun 2003 kerana sakit. Kala itu beliau berumur 45 tahun, beliau wafat dalam masa-masa berdakwah.

KISAH BELUM SELESAI.

Ibu Jadullah Al-Qur’ani adalah seorang wanita Yahudi yang fanatik,dia adalah wanita berpendidikan di salah satu perguruan tinggi. Ibunya baru memeluk Islam pada tahun 2005, dua tahun selepas Jadullah meninggal dunia yaitu saat berumur 70 tahun.

Si ibu bercerita bahawa –saat puteranya,Jadullah masih hidup,dia (si ibu) telah menghabiskan waktu selama 30 tahun berusaha sekuat tenaga untuk mengembalikan puteranya itu agar kembali menjadi Yahudi dengan berbagai macam cara, dengan segenap pengalaman, kemantapan ilmu dan kemampuannya, akan tetapi dia tidak dapat mempengaruhi puteranya itu untuk kembali menjadi Yahudi. Sedangkan Ibrahim, seorang Muslim tua yang tidak berpendidikan tinggi, mampu melunakkan hatinya untuk memeluk Islam, hal ini tidak lain karena Islam lah satu-satunya agama yang benar.

Kemudian yang menjadi pertanyaan: “Mengapa Jad si anak Yahudi memeluk Islam?”

Jadullah Al-Qur’ani pernah bercerita bahawa Ibrahim yang dia kenali selama 17 tahun tidak pernah memanggilnya dengan kata-kata: “Hai orang kafir!” atau “Hai Yahudi!” bahkan Ibrahim tidak pernah berucap: “Masuklah agama islam!”

Bayangkan, selama 17 tahun Ibrahim tidak pernah sekalipun mengajarinya tentang agama, tentang Islam ataupun tentang Yahudi. Seorang tua muslim sederhana itu tidak pernah mengajaknya berbicara masalah agama. Akan tetapi dia telah menuntun dan membimbing hati seorang anak kecil agar terikat dengan akhlak Al-Qur’an.

Kemudian dari kesaksian DR. Shafwat Hijazi (salah seorang da'i Mesir) yang suatu ketika dulu pernah mengikuti sebuah seminar di London dalam membahas problematika Darfur serta solusi penanganan dari kristenisasi, beliau berjumpa dengan salah satu pimpinan suku Zolo.Saat ditanya apakah dia memeluk Islam melalui Jadullah Al-Qur’ani?, dia menjawab: tidak! ia memeluk Islam melalui orang yang di islamkan oleh Jadullah Al-Qur’ani.

Subhanallah,akan ada berapa banyak lagi orang yang akan masuk Islam melalui orang-orang yang diislamkan oleh Jadullah Al-Qur’ani. Dan Jadullah Al-Qur’ani sendiri memeluk Islam melalui tangan seorang muslim tua berbangsa Turki yang tidak berpendidikan tinggi, namun memiliki akhlak yang baik dan amat luhur..

Begitulah hikayat tentang Jadullah Al-Qur’ani, kisah ini merupakan kisah benar yang telah diterjemahkan dapatkan dari catatan Almarhum Syeikh Imad Iffat yang digelarkan sebagai “Syeikh Kaum Revolusioner Mesir”. Beliau adalah seorang ulama Al-Azhar dan anggota Lembaga Fatwa Mesir yang ditembak syahid dalam sebuah insiden di Kairo pada hari Jumat, 16 Desember 2011 lalu.

Kisah benar ini layak untuk kita renungi bersama di masa-masa seperti ini. Di saat banyak orang yang sudah tidak mengendahkan lagi dakwah. Mudah mengkafirkan, fasih mencaci, saling mendakwa sesat, menyatakan bid’ah, melaknat, memfitnah sesama muslim.

Dulu da’i-da’i kita telah berjuang mati-matian menyebarkan Tauhid dan mengislamkan orang-orang kafir, namun kenapa sekarang orang yang sudah Islam dan sesama islam mudah dan saling kafir mengkafirkan.Kita sama sekali tidak diperintahkan apalagi layak untuk 'membelah dada' setiap manusia agar mengetahui kadar iman atau tahap iman yang dimiliki setiap orang.

Mari kita renungi kembali surat Thaha ayat 44 yaitu Perintah Allah swt. kepada Nabi Musa dan Harun –‘alaihimassalam,ketika mereka mahu berangkat mendakwahi fir’aun. Allah berfirman,

((فَقُولاَ لَهُ قَوْلاً لَّيِّناً لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى))

“Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, Mudah-mudahan dia ingat atau takut.”
(Surah Thaha :44)

Bayangkan, fir’aun yang jelas-jelas kafir laknatullah, namun untuk berdakwah pada orang seperti dia pun harus tetap dengan kata-kata yang lemah lembut. Lantas alasan apa bagi kita untuk tidak menggunakan dahwah dengan cara di ajarkan oleh Al-Qur’an? Yaitu dengan penuh hikmah, nasihat yang baik, dan diskusi yang menggunakan cara yang kuat namun tetap sopan dan santun?
Marilah kita pertahankan akidah Islam dan akhlak islam ini, dan jangan pernah mencibir ataupun “menggerogoti” akidah orang lain yang juga telah memeluk Islam serta bertauhid. Kita adalah saudara seislam seagama. Saling mengingatkan adalah baik, saling melindungi akidah sesama muslim adalah baik. Marilah kita senantiasa berjuang bahu-membahu demi perkara yang baik-baik saja.

Wallahu Ta’ala A’la Wa A’lam Bis-Shawab.



Di terjemah kan dari karangan Penulis: Mustamid, seorang mahasiswa Program Licence Universiti Al-Azhar Kairo Konsentrasi Hukum Islam.
Pautan 1 :Arrahmah.Com (http://www.arrahmah.com/read/2012/03/01/18487-kisah-seorang-yahudi-yang-mengislamkan-jutaan-orang-kisah-seorang-yahudi-yang-mengislamkan-jutaan-orang.html)

Gadis 15 Tahun Relakan Diri Diratah 6 Lelaki

gambar hiasan
IPOH - Seorang gadis berusia 15 tahun merelakan tubuhnya 'diratah' sekumpulan enam lelaki dalam kejadian yang berlaku di Taman Pancaran Siputih, Pusing, dekat sini, antara Isnin dan Selasa lalu.Pelajar sebuah sekolah menengah di Simpang Pulai, di sini, mendakwa melakukan hubungan seks bergilir-gilir dengan enam orang lelaki antara jam 11 malam Isnin lalu sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya.


Malah, gadis terbabit turut mengakui dia melakukan hubungan seks secara rela dan tiada unsur paksaan daripada lelaki terbabit.Ketua Polis Daerah Baru Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pihaknya ada menerima laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Pusing berhubung insiden tersebut.

Menurutnya, mengikut laporan, bapa mangsa menerima panggilan telefon daripada kakaknya pada pagi itu memaklumkan anak perempuannya tidak pulang ke rumah selepas keluar awal pagi 28 Januari lalu.Katanya, menurut pekerja swasta berusia 44 tahun itu, dia yang bimbang akan keselamatan anak perempuannya, bertindak mencari di sekitar kampung.

“Bagaimanapun, mangsa pulang ke rumah lebih kurang jam 7 malam hari yang sama dan kemudian menceritakan kepada bapanya yang dia telah melakukan hubungan seks dengan dua lelaki di sebuah rumah di Pusing.

“Selepas mendengar cerita tersebut, bapa mangsa membawa anak perempuannya itu membuat laporan berhubung kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.Shaharon berkata, siasatan awal mendapati mangsa menyelinap keluar dari rumahnya di Kampung Kepayang, di sini kira-kira jam 1 pagi pada Isnin lalu dan mengikuti salah seorang suspek yang membawanya ke sebuah rumah di Taman Siputih Pancaran, Pusing.

“Mengikut keterangan mangsa, dia mendakwa melakukan hubungan seks secara rela tanpa paksaan secara bergilir-gilir dengan enam orang suspek antara jam 11 malam sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya,” ujarnya.

Berikutan itu, beliau berkata, anggotanya menjejaki keenam-enam suspek dan tangkapan pertama dilakukan ke atas lima lelaki berusia antara 20 hingga 24 tahun di sebuah rumah di Taman Siputih, Pusing pada jam 1.30 pagi 29 Januari lalu.

“Sewaktu serbuan dijalankan ke rumah terbabit kesemua suspek didapati sedang tidur. Empat daripada suspek berasal dari Siputih manakala seorang lagi dari Ipoh.

“Seorang lagi suspek ditahan pada jam 8.13 malam di rumahnya di Siputih pada hari yang sama. Kesemua suspek bekerja sebagai operator pengeluaran kilang dan buruh kasar.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta sebat.

“Mangsa kini ditempatkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menjalani pemeriksaan perubatan.

“Kami percaya kes ini dianggap selesai dengan tertangkapnya keenam-enam suspek terbabit,” katanya.

Aksi Buaya Darat Yang Luar Biasa


Admin Tak pasti dimana lokasi buaya darat ini.Tapi cuba korang bayangkan jika rumah yang diterjah ini rumah anda memang pucat muka huhu

Kisah Pak Cik Yang Dihina Kerana Busuk

                                           gambar hiasan
Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang “lusuh ” karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata “pakcik dah makan nak.. terima kasih nak..” Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.
Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. “Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?” Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.
Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. “Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom.” Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.
Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah…
Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh…. Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.
Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara “amin…..” dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.
Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.
Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: “Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam..” Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan…
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

sumber:melayukini.net

Gambar Ikan Pari Melahirkan Anak

Ikan Pari Sedang Melahirkan Anak (5 Gambar) | Amat sukar untuk kita melihat saat-saat haiwan melahirkan anak. Namun kebiasaanya, bagi penggemar dan pembela kucing, mungkin mereka pernah menyaksikan haiwan tersebut sedang melahirkan anak. Saat-saat sebegini adakalanya menjadikan kita seperti teruja kerana situasi ini amat jarang sekali dapat dilihat oleh orang ramai. Oleh itu,Admin akan berkongsi dengan anda tentang seekor ikan pari yang sedang melahirkan anaknya.
Luar biasa sungguh makhluk ciptaan Allah SWT. Dialah yang hanya mampu menjadikan semua ini berlaku. Jom kita lihat proses kelahiran anak ikan pari ni. Subhanallah!



23/05/13

Video Pemberontak Syria Makan Daging Askar Yang Terbunuh

Klip video 27 saat memaparkan seorang individu dipercayai dari kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA) menjamah organ mentah manusia yang didakwa tentera Syria, disahkan sahih.Seorang lelaki dipercayai askar kumpulan tentera FSA memakan paru-paru seorang tentera Syria.



Dalam temu bual majalah Times, seorang ahli kumpulan Abu Sakkar, Abu Khalid al Hamad mendakwa, video tersebut adalah tulen.Video itu memaparkan, seorang kanibal dari askar FSA memotong badan seorang lelaki lalu mengambil organ jantung dan memakannya.


Seorang pakar bedah yang melihat video tersebut juga mengesahkan organ terbabit adalah jantung.Timbalan Pemerhati Hak Asasi Manusia Timur Tengah, Nadim Houry menyelar tindakan itu dan menyifatkan kejadian itu sebagai jenayah perang.


“Kami menyeru Majlis Keselamatan PBB merujuk perkara tersebut ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa bagi memastikan akauntabiliti bagi semua jenayah perang dan kemanusiaan tidak dicabuli. Negara dunia perlu bertindak tegas menghentikan perbuatan terkutuk itu,” katanya dalam laporan Reuters.



Sementara itu, di Geneva, jurucakap Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Navi Pillay juga menyifatkan perbuatan tersebut sebagai ‘perbuatan benar-benar kejam’ dan perlu disiasat sebagai jenayah perang.



“Mencacatkan atau memijak mayat semasa konflik adalah sebahagian daripada jenayah perang. Saya menggesa kumpulan FSA di Syria supaya menghentikan perbuatan itu,” katanya.



April lalu, dua wartawan Times menerima salinan video berkenaan namun menganggapnya sebagai visual palsu untuk tujuan propaganda.


Namun baru-baru ini, mereka cuba mengesahkan kesahihan visual tersebut dan ternyata video berkenaan adalah tulen dan ia kini tersebar berleluasa di laman Facebook dan You Tube.

Saksikan video ini Pemberontak Syria makan hati seorang Askar Mati dengan memotong dadanya-http://taotauajer.blogspot.com

Padah Lepaskan Nafsu Dalam Kereta

KULIM - Tindakan pasangan kekasih cuba melampiaskan nafsu di dalam kereta yang diletakkan berhampiran semak di Taman Tasek Kulim gagal apabila mereka dicekup oleh anggota polis yang melakukan pemeriksaan di kawasan berkenaan kira-kira jam 3 pagi semalam.

Ketika pemeriksaan dilakukan, pasangan kekasih berkenaan sedang berbaring di dalam kereta sebelum bergegas bangun sambil membetulkan pakaian masing-masing.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, curiga dengan keadaan kereta berkenaan, sepasukan anggota dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) diketuai Timbalan Ketua Balai Polis Kulim, Sub Inspektor Mohd Najib Abd Aziz melakukan pemeriksaan.


Menurutnya, dari semakan yang dibuat, pasangan kekasih itu tidak mempunyai sebarang rekod lampau jenayah dan diarahkan beredar dari kawasan semak berkenaan.

"Tindakan pasangan kekasih berkenaan yang dipercayai cuba untuk melampiaskan nafsu di kawasan semak berkenaan amat dikesali.

"Walaupun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau namun tindakan sebegini mampu mengundang pelbagai kegiatan jenayah yang lain," katanya kepada Sinar Harian.


Ghuzlan berkata, pihaknya turut menasihatkan pasangan kekasih supaya tidak berpelesiran di sekitar kawasan Taman Tasek Kulim dan tempat terselindung terutama pada waktu lewat malam.


Katanya, pihaknya bimbang sekiranya kegiatan ini akan menyebabkan berlakunya kes lain seperti disamun oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.


“Polis akan menahan sesiapa sahaja untuk pemeriksaan sekiranya berada dalam keadaan mencurigakan. Ini adalah untuk memastikan mereka berada dalam keadaan selamat dan tidak diancam oleh mana-mana pihak.


"Tindakan duduk di dalam kereta berdua-duaan di tempat terselindung boleh mendatangkan pelbagai masalah. Mereka boleh disamun dan kemungkinan terlibat dalam jenayah rogol. Saya menyarankan supaya mereka pergi ke kawasan yang cerah dan mempunyai orang supaya senang meminta pertolongan sekiranya berlaku kecemasan,” katanya.

Pelakon Perancis Pakai Baju Jarang Hingga Nampak Asetnya

Pelakon Perancis, Frederique Bel mencuri perhatian lensa ketika muncul di Festival Filem Cannes dengan bajunya yang amat jarang.Pelakon berusia 38 tahun itu berkongsi karpet merah di tayang perdana The Great Gatsby bersama Nicole Kidman dan Carey Mulligan.

Namun begitu, beliau lebih menonjol apabila payudaranya jelas terlihat menerusi gaunnya yang amat jarang.Jika Frederique berkempen untuk filem terbarunya - rom-com Hotel Normandy, kami rasa ianya satu kejayaan untuknya.

Namanya menjadi begitu popular apabila ianya menjadi topik trending di twitter setelah memuat naik gambarnya yang hanya menutup 'mahkota' wanita sahaja.

Gambar Selebriti Cantik Gigi Tak Menarik

Mempunyai gigi yang berukuran tepat, berbaris rapi, dan bersinar putih cemerlang, adalah idaman semua wanita. Namun tak bermakna gigi tak sempurna membuat kita jadi tidak cantik. Lihat saja seleb-seleb cantik berikut ini yang giginya tidak sesempurna model iklan ubat gigi. Mari kita semak foto-fotonya dibawah ini .....



1. Anna Paquin



2. Jewel
- 

3. Madonna
madonna 

4. Kristen Dunst
- 
5. Georgia May Jagger
- 
6. Vanessa Paradis
- 

7. Jessica Pare
- 
8. Jorja Fox
Marg Helgenberger Honored On The Hollywood Walk Of Fame

sumber-http://tabekpuang.blogspot.com