Baru
berusia 14 tahun tetapi selayaknya dia digelar ‘adik setan’ kerana
tergamak merogol kakak kandungnya yang hanya setahun lebih tua.Lebih
memilukan, perbuatan jijik sumbang mahram itu bukan hanya menimbulkan
perasaan trauma dan tekanan kepada mangsa tetapi pada usia yang masih
mentah, dia terpaksa mengusung ‘benih’ adiknya.
Itu yang berlaku kepada Yanti, berusia 15 tahun, yang kini sarat mengandung dan hanya menanti masa untuk melahirkan anak.Gara-gara
perbuatan adik setan itu, Yanti terpaksa berjauhan daripada keluarga,
malah meninggalkan alam persekolahan buat seketika.
“Sepatutnya
saya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bulan lalu
tetapi terpaksa melupakannya. Saya meninggalkan buat seketika alam
persekolahan sehingga anak dikandung ini lahir.
“Saya benar-benar
tertekan kerana pada usia muda terpaksa berdepan situasi yang tidak
sepatutnya saya lalui,” kata Yanti ketika ditemui wartawan Metro Ahad
baru-baru ini.
Menurut Yanti, tragedi hitam itu berlaku tahun lalu dan ia berulang sehingga empat kali sebelum dia disahkan mengandung.“Tragedi hitam itu berlaku di rumah. Ketika semua ahli keluarga tidur, adik menyusup masuk ke dalam bilik ketika saya tidur.
“Adik
menekup mulut saya dan mengugut mahu mencederakan saya jika saya buat
bising. Selepas itu, bagaikan dirasuk setan, saya dirogol,” katanya.
Yanti
berkata, walaupun dia kakak, dia tidak mampu melawan, apatah lagi
diugut akan dicederakan jika melawan. “Kudrat saya memang tidak mampu
melawan kekuatan adik ketika itu. Selepas merogol saya dia sekali lagi
mengugut akan mencederakan saya, malah sanggup melakukan lebih daripada
itu jika mendedahkan perbuatan terkutuknya kepada sesiapa saja, terutama
ayah dan ibu.
memang tu layak digelar adik setan!
BalasPadamadik pompuan 2 pangkat setan!
BalasPadambinatang
BalasPadamsial sngt adik dia nhe..
BalasPadammace2
BalasPadamdunia2
BalasPadam