SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Pelajar 14 Tahun Diberi Pil Khayal Sebelum Menjadi Mangsa Kerakusan Rakan Sendiri

Memang sosial |KAJANG: Seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di daerah ini mendakwa dirogol rakan lelakinya, pelajar tingkatan tiga dari sekolah menengah lain di Cheras pada 16 Ogos lalu dan kejadian itu hanya dimaklumkan kepada guru di sekolahnya, kelmarin.

Menurut sumber, mangsa hanya memaklumkan kepada gurunya mengenai kejadian itu berikutan bimbang dimarahi ibunya.“Mangsa memaklumkan kejadian berlaku 16 Ogos itu ketika dia mengikut rakan lelakinya yang berusia 15 tahun pulang ke rumah ketika ketiadaan kedua ibu bapanya.

“Rakan lelaki mangsa menyuruhnya menelan sebiji pil disyaki pil khayal dan mangsa hanya menurut sebelum berasa pening dan tidak sedarkan diri,” katanya.Beliau berkata, apabila tersedar, mangsa mendapati dirinya berada dalam keadaan tidak berpakaian manakala rakan lelakinya sudah tiada.

Mangsa pada mulanya cuba menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan orang lain, namun, akibat tekanan perasaan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada guru sekolahnya.
Guru terbabit kemudian memanggil ibu mangsa untuk memaklumkan perkara itu dan menasihatkan ibu mangsa melaporkan kepada polis.

Ibu mangsa yang terkejut membawa anaknya ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan dan berkata siasatan sedang dijalankan.

Info ini mungkin agak lama namun sengaja admin kongsikan sebagai peringatan kepada di luar sana supaya lebih berhati-hati

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Pelajar 14 Tahun Diberi Pil Khayal Sebelum Menjadi Mangsa Kerakusan Rakan Sendiri. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/pelajar-14-tahun-diberi-pil-khayal.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 26/06/13

3 komentar untuk "Pelajar 14 Tahun Diberi Pil Khayal Sebelum Menjadi Mangsa Kerakusan Rakan Sendiri"

  1. Tanpa Nama26.6.13

    yg pompuan tu bongok sangat pehal ek? org suh mkn taik pown ko mkn... :0

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama27.6.13

    lain kali klu nk buat ssuatu cb bygkan muka mak abah kita...insyaallah selamat

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama28.6.13

    Tulah pompuan mudah sgt ikut ngn lelaki,,,

    BalasPadam

Geng Blogger

Putera Izman