SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

2 Remaja Maut Kerana Jersi TRW


Selamat Datang Ke BLOG MEMANG GEMPAQ Dan Membaca Untuk Pedoman......


Gua Musang: Hasrat dua penyokong The Red Warriors (TRW) menonton pasukan mereka beraksi dan meraikan kejayaan dalam perlawanan menentang pasukan Johor Darul Takzim (JDT) tidak kesampaian apabila kedua-duanya maut dalam kemalangan di Kilometer 12, Jalan Chiku-Kuala Berang, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu berlaku ketika dua sahabat terbabit, Muhamad Kamil Mahasan, 23, dan Ibrahim Muhamed Zain, 19, keluar menaiki motosikal untuk membeli jersi TRW serta alat ganti motosikal sebelum menonton perlawanan final Piala FA.


Bagaimanapun, motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux menyebabkan kedua-duanya tercampak lima meter dari tempat kejadian.

Kenderaan dipandu seorang lelaki itu dikatakan dalam perjalanan dari Chiku ke FELDA Aring dan dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain lalu merempuh motosikal ditunggang Muhamad Kamil yang datang dari arah bertentangan.


Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan manakala pemandu kenderaan berusia 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan.


Abang Ibrahim, Zulkifli, 31, berkata arwah sempat memberitahu ingin ke bandar Chiku untuk membeli jersi TRW kerana bersemangat menonton perlawanan akhir malam kelmarin.

Katanya, kedua-duanya yang bekerja di sebuah kilang sawit di Aring keluar ketika waktu rehat tanpa sempat makan tengah hari.


“Biasanya saya bersama arwah makan tengah hari bersama keluarga sebelum sambung bekerja jam 2 petang.

“Sebaik selesai makan, saya diberitahu ada kejadian menimpa Ibrahim. Saya bergegas ke tempat kejadian,” katanya.


Sementara itu, jurucakap polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dengan mengambil keterangan daripada pemandu kenderaan terbabit.


“Mayat dua mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Aring,” katanya.




Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk 2 Remaja Maut Kerana Jersi TRW. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/2-remaja-maut-kerana-jersi-trw.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 1/07/13

Belum ada komen untuk "2 Remaja Maut Kerana Jersi TRW"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman