SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

21 Perkara Yang Akan Membuatkan Suami Bertambah Sayang

info perkahwinan | kali ini admin ingin kongsikan kepada pembaca petua atau tips untuk suami menyayangi anda berikut beberapa tips yang boleh anda amalkan

    1. Bersihkan diri
    Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada dirumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami selesa dengan isteri.

    2. Sentiasa senyum
    Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis ketika suami pulang dari bekerja, tapi tiada susahnya untuk menghadiahkan suami senyuman. Senyum seorang isteri sedikit sebanyak mampu mengurangkan keletihannya.

    3. Tidak moody
    Elakkan bersikap moody apatah lagi menarik muka masam dengan suami, sikap begini boleh saja membuatkan suami tersinggung.

    4. Jangan menyampuk
    Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya. Jangan suka menyampuk dan memotong percakapan suami.

    5. Jadi pendengar yang baik
    Layani perbualan suami biarpun apa yang diperkatakan bukan yang anda minati. Dengarkan saja kata-katanya dan responlah bila diperlukan.

    6. Jangan Menengking
    Apabila bercakap dengan suami pula pastikan anda mengucapnya dengan nada yang lemah lembut dan bukan menengking-nengking

    7. Jangan Menjawab
    Sekiranya suami marah, seeloknya isteri mendiamkan diri. Jangan amalkan sikap suka menjawab (walaupun anda rasa anda betul). Suka menjawab akan mengundang lagi kemarahan suami.

    8. Lebih Sporting
    Ada kalanya suami suka mengusik isteri. Bila yang dilakukan menyentuh perasaan, janganlah terlalu dan cepat merajuk. Tanamkan sikap untuk menjadi lebih sporting bukan lebih sensitif.

    9. Bergurau senda
    Bergurau sendalah dengan suami, ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah S.W.T

    10. Cepat bertindak
    Jika suami berhajat sesuatu, isteri hendalah cepat bertindak. Bangun segera jika disuruh dan janganlah melengah-lengahkan kemahuannya sehingga mencetuskan kemarahan.

    11. Dulukan suami
    Bila kehendak suami dan anak-anak bertembung, dahulukan kehendak suami.

    12. Mintak izin suami
    Minta izin suami sebelum keluar daripada rumah begitu juga sekiranya anda pulang lewat dari tempat kerja supaya suami tidak risau. Mintalah izin terlebih dahulu sebelum menggunakan harta suami baik kereta mahupun wang ringgit. Jangan amalkan “Guna Dulu Beritahu Kemudian”

    13. Kemas rumah
    Sediakan suasana rumah yang memberi ketenangan buat suami. Jangan biarkan rumah berselerak terutamanya ketika suami yang penat bekerja pulang kerumah.

    14. Masak untuk suami
    Masaklah hidangan mengikut kesukaan suami dan bukan selera isteri.

    15. Sediakan minuman
    Air minuman suami pula hendaklah sentiasa disediakan. Tak perlu tunggu suami minta baru nak sediakan. Sebaiknya, sentiasa sediakan air ketika suami pulang dari kerja

    16. Sentiasa bersedia
    Sentiasa sediakan barang-barang keperluan suami sebelum dia keluar dari rumah untuk ke tempat kerja.

    17. Cium tangan suami
    Cium tangan dan pipi suami sebelum suami keluar dari rumah.

    18. Tidak materialistik
    Jangan membuat perkara yang boleh membebankan suami seperti suka berhutang dalam membeli barang.

    19. Pandai menghargai
    Hargai pemberian suami walaupun cuma hadiah yang kecil.

    20. Ucapkan cinta
    Biarkan suami tahu yang anda cintai dirinya. Sebelum berkahwin hari-hari cakap i love u dan i miss u, kenapa tidak selepas berkahwin??

    21. Teman suami
    Teman suami ketika makan walaupun anda tidak makan dan jangan biarkan suami tidur sendirian.







Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info perkahwinan dengan tajuk 21 Perkara Yang Akan Membuatkan Suami Bertambah Sayang. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/21-perkara-yang-akan-membuatkan-suami.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 6/07/13

Belum ada komen untuk " 21 Perkara Yang Akan Membuatkan Suami Bertambah Sayang"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman