gambar hiasan
Mangsa meniggal dunia disebabkan kecederaan yang parah pada kemaluan Amalan gadis berkahwin pada usia muda berleluasa di Yaman dan mendapat perhatian kumpulan hak asasi antarabangsa yang cuba mendesak kerajaan melarang perkahwinan kanak-kanak.Peraturan yang mengharamkan mereka berusia di bawah 17 tahun berkahwin dilihat serius selepas mendapat bantahan kuat beberapa pemimpin Islam berpengaruh di Yaman.
Budak berusia 13 tahun dari wilayah Hajja di barat laut ibu negara itu mati pada 2 April lalu, kira-kira empat hari selepas beliau dikahwinkan oleh keluarganya dengan seorang lelaki berusia 23 tahun, kata Majed al-Madhaji, jurucakap pergerakan ‘Sisters Arab Forum for Human Rights’.
Satu laporan perubatan dari Hospital al-Thawra berkata kemaluan budak berkenaan koyak selain mengalami pendarahan teruk. Pihak berkuasa sudah menahan suami mangsa.
Kumpulan hak asasi tempatan berkata, budak perempuan terbabit berkahwin dalam satu perjanjian membabitkan dua lelaki untuk saling mengahwinkan adik mereka bagi mengelak bayaran mas kahwin berlebihan. Mereka berkata, ia perkara biasa di negara miskin itu.
Masalah kemiskinan di Yaman menghalang usaha untuk menghapuskan amalan itu kerana kebanyakan keluarga miskin mendapati sukar untuk menolak mas kahwin beratus dolar bagi anak perempuan mereka.
Lebih suku wanita Yaman berkahwin sebelum usia 15 tahun, menurut laporan Kementerian Hal Ehwal Sosial, tahun lalu.
Adat resam turut memainkan peranan termasuk kepercayaan bahawa pengantin perempuan muda boleh dibentuk untuk menjadi seorang isteri yang patuh kepada suami, mempunyai ramai anak dan menghalang zina. – AP
Tajuk Paling Popular
Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini
Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info wanita
dengan tajuk Anak Gadis Berusia 13 Tahun Meninggal Disebabkan Kecederaan Yang Parah Pada Alat Sulit. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/anak-gadis-berusia-13-tahun-meninggal.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown - 15/07/13
Belum ada komen untuk " Anak Gadis Berusia 13 Tahun Meninggal Disebabkan Kecederaan Yang Parah Pada Alat Sulit"
Catat Ulasan