SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Kejutan Istimewa Buat Sahabat Sejati...Siapa Artis Tue..



Selamat Datang Sahabat Tegar Bagi Blog Memang Gempaq Ini Semoga Dapat Memberi Ilmu Yang Terbaik Untuk Anda.....

Pernah sekali jiwanya gundah gulana memikirkan pengalaman melahirkan bayi sulungnya ini. Meskipun tebal rasa gembira dan syukur namun sukar bagi si empunya senyuman manis ini mengenepikan perasaan gusar itu.

Bagaimanapun benar yang apa saja direncana oleh takdir itu indah. Apa yang sudah terbentang disuratkan buatnya sepanjang sembilan bulan mengandung adalah pengalaman terindah.


Jelas dramatis Izreen Azminda Aznam berkali-kali, dirinya tidak sekali diberikan kepayahan sebaliknya dilayan bagai “mem” besar oleh suaminya.

“Alhamdulillah saya bersyukur dengan segala ketentuan ini. Kehamilan ini memberikan saya seribu pengalaman manis yang tiada kata mampu diterjemah. Mujur tiada alahan ataupun ragam serius, cuma saya lekas letih dan mengah jika berlebihan kerja.


IZREEN diraikan oleh teman dan kru produksi drama Tentang Hati.


“Pejam celik sudah tiba di penghujung. Saya dan suami sendiri tidak puas melalui saat indah sepanjang sarat ini kerana sebalik realitinya terlihat yang saya makin berisi dan mudah penat, hamil membuatkan kami berdua bertambah mesra dan romantis.


“Syukur saya diberikan suami yang sangat penyayang, memahami dan terima saya seadanya. Riza banyak membantu saya termasuk masak dan menyediakan kelengkapan bayi. Malah dia begitu rajin dalam melakukan semua kerja rumah.

“Namun tidaklah saya tersandar rehat sepanjang masa kerana semua kerja rumah dan masak masih saya buat sendiri jika suami keluar bekerja. Malah hingga ke saat akhir seperti ini saya masih memandu sendiri.

“Paling kelakar mampu saya ceritakan adalah proses kehamilan ini membuatkan saya lebih feminin berbanding zaman anak dara dulu. Maklumlah saya jenis ‘tomboy’ dan lasak. Kini belum pun lahir anak kami ini, saya sudah merasakan jiwa keibuan ini.

“Inilah yang dikatakan ikatan sebuah perkahwinan dan kami berdua gembira menanti cahaya mata ini,” katanya kali terakhir berlakon pada bulan Mei lalu menerusi drama yang bakal ditayangkan Aidilfitri ini berjudul Barakah.

Izreen ditemui di majlis kejutan meraikannya sebelum bergelar ibu yang dianjurkan teman juga aktres terkenal, Fasha Sandha di Restoran Bora Ombak, Ampang.

Hadir polos tanpa secalit mekap dengan penampilan santai petang itu, dramatis terkenal ini bagaimanapun berasa terharu dengan ingatan teman-teman terutamanya Fasha yang merancang majlis untuknya.

“Jujurnya saya begitu terkejut dan merasakan diri cukup bertuah kerana dihargai sebegini. Saya juga berterima kasih kepada Fasha yang sudi merancang majlis ini untuk saya. Ia sesuatu yang sangat indah dan membahagiakan,” katanya.

Fasha yang baru saja melangkah ke fasa baru sebagai ibu kini ligat membesarkan putera tunggalnya, Putra Rayfal Ramli meskipun jadual kerjanya padat.

Bintang popular yang baru selesai penggambaran drama Tentang Hati bersama Aaron Aziz itu sengaja mengaturkan majlis istimewa ini buat Izreen kerana dia memahami perasaan seorang ibu yang menghitung hari.

“Saya kenal Izreen sudah lama sejak drama Suteramaya begitu juga suaminya yang sudah banyak kali bekerja dengan saya. Justeru saya ingin sekali meraikan mereka berdua yang saya sifatkan pasangan bahagia dan comel.

“Kebetulan suami Izreen, Riza adalah juru kamera saya untuk drama Tentang Hati ini. Justeru saya menawarkan diri untuk membantunya bagi memberikan kejutan buat isteri tercinta. Saya sendiri pernah diraikan begini dan sudah tentu rasa gembira itu mampu memberikan kebahagiaan buat bakal ibu buat Izreen yang kini melaluinya.

“Saya ingin sekali melihat sebelum Izreen bergelar ibu, dia dapat merasakan dirinya istimewa dan dihargai. Sudah pasti momen ini akan kekal menjadi peristiwa indah dalam dirinya,” katanya.

Tiada apa lebih baik untuk diluahkan buat Izreen selain mengharapkan proses kelahiran bayi sulungnya nanti mudah dan sempurna.

“Insya-Allah Izreen akan mudah melahirkan cahaya mata sulungnya ini kerana dia seorang wanita yang lasak dan aktif. Moga anak sulungnya nanti akan sihat dan selamat dilahirkan, ia akan selamanya menjadi saksi kepada kasih sayang kedua ibu bapanya ini,” katanya.

Majlis meraikan Izreen petang itu diadakan sempena berbuka puasa dan ia begitu meriah dengan kehadiran kesemua tenaga kerja produksi drama siri Tentang Hati terbitan Global Station Sdn Bhd termasuk pengarahnya dan aktor popular, Aaron Aziz.

Pelakon berbakat besar berusia 28 tahun yang sebelum ini popular menerusi drama Juvana dan Jangan Ambil Padang Kami ini berkahwin dengan pengarah fotografi, Muhamad Riza Baharudin pada Ogos tahun lalu dan belum menjengah usia setahun pelayaran itu, pasangan ini dikhabarkan berita kehamilan dan kini masing-masing menanti penuh debar kehadiran putera sulung mereka yang dijangka lahir pada 27 Julai ini.


Riza lebih teruja!

Bersembang dengan suaminya, Riza, dia sangat teruja untuk menimang cahaya mata bersama Izreen selain mengatakan ia adalah momen luar biasa buat mereka berdua.

Jelasnya yang menyifatkan Izreen adalah segala-galanya untuknya, apa yang penting adalah kesihatan bayi itu nanti dan sudah tentu Izreen selamat melahirkan dengan baik.

“Setiap malam saya bercakap dengan bayi kami walaupun dia masih dalam kandungan. Saya tidak sabar dan terlalu ‘excited’ untuk menimangnya nanti.

Semua kelengkapan bayi sudah saya sediakan dan tinggal menunggu kehadirannya saja tambahan pula kami sedang menunggu seorang hero. Pasti dia akan menjaga ibunya dan menjadi kawan baik saya nanti,” katanya.

Izreen bakal bersalin di hospital pakar Ampang Puteri dan dijadualkan bercuti daripada dunia lakonan hingga habis berpantang dan bersedia untuk kembali ke lokasi penggambaran.

Tambah Riza, dia tidak menghalang atau meletakkan apa-apa syarat buat Izreen sebaliknya menyerahkan semuanya kepada isteri bagi memikirkan mana yang baik.

“Izreen akan ditemani seorang bidan sepanjang tempoh berpantang nanti kerana kami tidak mahu menyusahkan keluarga. Tapi ibu mentua akan datang sesekali menjenguk anak dan cucunya di kediaman kami di sini,” katanya yang tidak henti berdoa untuk kesejahteraan Izreen dan kebahagiaan mereka berdua.



























Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori dunia hiburan dengan tajuk Kejutan Istimewa Buat Sahabat Sejati...Siapa Artis Tue... Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/kejutan-istimewa-buat-sahabat.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 13/07/13

Belum ada komen untuk "Kejutan Istimewa Buat Sahabat Sejati...Siapa Artis Tue.."

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman