SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Kelakar Cawan(mug) Hilang Di Ofis



Selamat Datang Saja Jer Nak Bagi Hapy Dan Hilang Tension Kan Jom Hapykan Hati Tue...Jom Baca Cerita Lawak Ini....


Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.

Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.


"Lu kenapa ni Apan?" - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.

"Mak gua hilang la.." - Apan berbisik perlahan.

Gua punyala terperanjat!

"Mak lu hilang?, bila hilang?" - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

"Petang semalam..dah cari merata tak jumpa".

Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayahdia kerja penolong kanan lagi dua tiga tahun nak pencen.

*****************************

Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.

"Mak gua dah jumpa.." - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.

Gua cepat cepat bersyukur:

"Alhamdulillah...Jumpa kat mana?",

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu:


"Dalam sinki penteri."


Gua terus tendang komputer sampai bersepah atas lantai.


MUG la Apan..MUG..!!, pronunciation macam jahanam!

Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara.

p/s:hehe..jgn marahh...yg series sgt bace kenape??kih3..






Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori kisah menarik dengan tajuk Kelakar Cawan(mug) Hilang Di Ofis. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/kelakar-cawanmug-hilang-di-ofis.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 9/07/13

Belum ada komen untuk "Kelakar Cawan(mug) Hilang Di Ofis"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman