SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Kisah Benar Pak Lang Sangat Menyesal



Selamat  Datang Ke Blog Memang Gempaq Jom Ikuti Cerita Ini Moga Dapat Memberi Pedoman Pada Anda

Ada satu hal yang perlu Pak Lang sembangkan hari ini. Berdasarkan pengalaman Pak Lang dan orang-orang yang seusia dengan Pak Lang, ada perkara yang perlu diberi perhatian dalam hidup. Perkara ini ada kaitan dengan kemahiran membuat keputusan dan menetapkan pendirian.

Dalam banyak situasi - dalam menempuh kehidupan, kita akan terdesak untuk membuat pilihan. Proses memilih jadi sukar bila hal-hal yang hendak dipilih itu dilihat mempunyai kelebihan tersendiri. Dalam keadaan biasa pun, proses memilih ini sentiasa di perlukan. Apatah lagi jika pilihan diperlukan untuk memilih antara yang hak dan yang batil. Risiko tersilap pilih adalah kekesalan berpanjangan yang dihujungnya adalah neraka. (mohon dilindungi Allah).


Sebab itu keupayaan membuat pilihan yang tepat sangat perlu dimahirkan. Biasanya proses ini kita lakukan secara semborono. Hasil pengalaman, kita akhirnya tahu bagaimana memilih yang terbaik untuk diri dan hidup kita. Natijah dari ketepatan memilih yang kita harapkan tentulah kebahagiaan dunia dan keselamatan di negeri yang kekal abadi di akhirat.

Proses memilih ini tidak akan serupa bagi semua manusia. Perkara yang hendak dipilih pun bergantung dengan orang yang terlibat. Jika seseorang itu rakyat biasa seperti petani, pekebun atau nelayan, tentulah berbeza berbanding para menteri. Risiko tersilap tidaklah sama. Walaubagaimanapun, risiko tentulah sangat ingin dielakkan. Kesan tersilap memilih oleh seorang perdana menteri tentu besar kesannya kepada rakyat dan negara. Mungkin akibatnya melangkaui puluhan tahun berbanding rakyat biasa.

Sebab itu, kematangan, pengalaman, pengetahuan serta pimpinan sangat diperlukan oleh setiap manusia. Ianya akan membantu mengurangkan risiko tersilap memilih. Justeru seseorang yang ingin berjaya di dalam hidup, mestilah melengkapkan dirinya dengan hal-hal tersebut. Pak Lang hanya mampu membantu dari sudut ini iaitu sekadar memaparkan panduan dalam blog ini apatah lagi Pak Lang juga sentiasa mengharapkan panduan dari mursyid. Biarlah mursyid yang menunjukkan jalan pilihan kerana pertunjuk mursyid itulah yang paling tepat dan berkatnya akan mengalir sentiasa. Pada Pak Lang, di dalam GISB, Bonda Wasilah ar itulah saluran panduan mursyid yang berterusan. Tidak ada keraguannya.

Sebagai anak Felda (maksudnya anak peneroka Felda), Pak Lang menyaksikan ramai orang yang awalnya terpilih menjadi peneroka Felda telah tersilap membuat keputusan dan akhirnya mereka menyesal!! Pak Lang ceritakan ini untuk iktibar dan berkongsi pengalaman. Sebagai anak peneroka bagi sebuah rancangan Felda yang diteroka pada tahun 1958, Pak Lang tahu susah payah meneroka tanah hutan untuk dijadikan kawasan tanaman getah.

Kerja-kerja meneroka dan memugar tanah hutan inilah yang membezakan antara peneroka Felda dan peserta tanah rancangan Felda. Peneroka menggunakan kapak dan gergaji tangan (digerakkan oleh dua orang) untuk menebang pokok balak sebesar pemeluk atau lebih!! Peneroka melakukan semuanya bermula dari tenaga tulang empat kerat. Tidak ada mesin atau jentolak. Pokok yang telah ditebang itu setelah kering, dibakar.

Batang-batang balak yang besar itu tentulah tidak mampu diangkat. Ianya dibakar begitu saja, lintang melintang di seluruh kawasan. Setelah bersih daripada sebarang tumbuhan dan muka bumi tanahnya hitam legam kesan pembakaran, barulah dibuat teres-teres di lereng bukit dengan menggunakan cangkul.

Ada laluan teres yang melalui kawasan batang-batang balak yang sudah terbakar melintangi laluan teres. Teres tidak diubah, batang balak juga tidak mampu digerakkan. Akibatnya setiap kali menoreh getah selepas itu, kami kena melangkahi batang-batang balak tersebut. Memanjat dan melompat di atasnya atau menyusup di bawahnya jika ada ruang.

Jadi para peneroka ini bekerja siang malam, pagi petang. Makan hanya sekadar nasi putih dengan ikan kering serta sambal belacan. Mereka bekerja tanpa rehat secara berkumpulan membersihkan ribuan ekar tanah. Itulah peneroka. Manakala peserta tanah rancangan Felda pula hanya datang setelah buah kelapa sawit atau pohon getah sudah sedia untuk memberi hasil. Tidak banyak kesulitan berbanding mereka yang dipangil peneroka.

Jadi sejumlah 120 orang telah terpilih untuk menjadi peneroka di Felda Guar Napai - nama bagi perkampungan Felda orang tua Pak Lang. Mereka bekerja beramai-ramai. Berlakulah ikatan ukhwah dan kasih sayang yang erat di kalangan mereka. Hiduplah mereka bermasyarakat seperti adik beradik.  

Apa yang berlaku, ketika susah memugar hutan itulah, puluhan orang daripada mereka tidak sanggup menghadapi kesusahan dan kepayahan sebegitu rupa. Memanglah tanpa jiwa yang kuat serta tekad yang bulat, seseorang akan mudah kecundang. Itulah yang berlaku kepada mereka yang tidak sanggup menempuhnya. Mereka memutuskan untuk berpatah balik ke belakang. Mereka tidak mahu meneruskan kerja awal memugar hutan belantara untuk mengubahnya menjadi tempat mendatangkan hasil kemewahan.

Pilihan ada di tangan mereka. Adakah mahu memilih kepayahan dan azab derita yang di depan mata atau kemewahan serta kesenangan pada masa depan yang belum tentu benar-benar menjelma. Orang yang berjiwa lemah akan mudah menyerah kalah. Mereka akan hanya fokus pada kepayahan, kesulitan, penderitaan yang di depan mata. Mereka tidak mampu melihat sesuatu yang jauh. Mereka tidak mampu melihat bahawa di sebalik setiap kesulitan adalah kesenangan dan kelapangan.

Pada mereka, yang jauh itu tidak pasti. Pada mereka yang jauh itu belum tentu sedangkan realiti yang sedang dihadapi ialah lapar dahaga, letih derita. Lalu ramailah yang pulang ke kampung asal. Mereka kembali menumpang hidup dengan orang tua di kampung. Hakikatnya mereka gagal menempuh cabaran. Mereka gagal untuk turut serta menempa sejarah.

Bahkan mereka sanggup dan tergamak meninggalkan kawan rakan yang kecewa dan sedih dengan sikap mereka meninggalkan 'medan perjuangan'. Tidaklah dihairankan kerana itulah watak orang-orang yang lemah jiwa. Mereka tidak mampu menjadi kawan di kala susah.

Mereka lebih rela melarikan diri mencari kerehatan diri dengan membiarkan orang lain terus menderita. Apa pun kelompok yang tinggal itu memang orang-orang pilihan. Kerja-kerja tetap diteruskan. Mereka tidak pandang belakang sebaliknya membayangkan kejayaan di sebalik peluh dan air mata penderitaan. Jiwa mereka sangat positif. Kecekalan mereka sungguh luar biasa dan ajaib! Kami, generasi kedua Felda Guar Napai mengkagumi orang-orang tua kami yang gigih dan kuat jiwa. Mereka tabah, lasak, gagah dan patriotik!!

Sememangnya Tuhan menjanjikan selepas kesulitan ada kesenangan. Itulah yang terjadi kepada para peneroka Felda di seluruh negara. Ketika harga getah naik di seluruh Malaysia di awal tahun 70an, para peneroka yang sabar menempuh susah ini mula menerima hasilnya. Mereka mula menempuh kesenangan hidup dan dapat mengecap erti kemewahan. Oleh kerana sudah lama diasak susah payah, mereka tahu menghargai erti kesenangan yang datang.

Semuanya tahu berjimat cermat dan berbelanja mengikut keutamaan. Masing-masing akhirnya mampu mendirikan rumah yang baru dan cantik! Anak-anak mereka berjaya diberi pelajaran sampai di peringkat tertinggi. Demikianlah limpahan kesenangan yang dikurniakan Tuhan kepada mereka yang sabar. Hari ini, emak saudara Pak Lang yang masa mudanya bergelut derita bersama aruah suami memugar hutan, sudah memiliki kereta Kancil untuk berulang alik ke masjid!! Ya, hanya 10 tahun mereka bersabar, akhirnya mereka mengecapinya. Menariknya moto Felda iaitu, "Bakti Disemai, Bukti Dituai"....

Pak Lang ceritakan ini sekadar untuk diambil pengajaran. Banyak sangat hal tersirat di sebalik kisah ini. Pastilah anak cucu sekelian tahu apa yang terjadi kepada yang lari meninggalkan tanah rancangan ketika sedang diteroka dahulu?  Hanya 2,3 tahun sahaja susah yang terpaksa ditempuh, tetapi mereka memilih untuk balik kampung. Akhirnya mereka juga yang menyesal. Itu memang sudah diberitahu awal-awal oleh kawan rakan yang memberi nasihat. "Hangpa jangan menyesai nanti no!!" Benarlah bahawa mereka yang menyesal hanya mampu menggigit jari sahaja!!

Jadi, berhati-hatilah dalam membuat keputusan. Buatlah keputusan yang tidak akan mengundang penyesalan. Bersabarlah dahulu, jangan gopoh mengambil pendirian. Jika tersilap, tentulah malu dan tidak akan mampu berpatah balik semula. Ketika berjalan, pandanglah yang jauh di hadapan di sebalik gunung dan kabus. Nanti lambat laun pastilah kabus akan hilang, kita akan sampai ke destinasi tujuan - jika kita sabar untuk terus berjalan!!




















Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori kisah menarik dengan tajuk Kisah Benar Pak Lang Sangat Menyesal. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/kisah-benar-pak-lang-sangat-menyesal.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 10/07/13

Belum ada komen untuk "Kisah Benar Pak Lang Sangat Menyesal"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman