SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Makanan Bercili Tak Ubah Seperti Makanan Dalam Neraka?????



Mengapa Orang Arab Takut Dengan Makanan Bercili.....JOM BACA DISINI SEBABNYA...


Menempuh minggu kedua bertugas di bumi Mesir ini, penulis mula dambakan masakan pedas di Malaysia. Di sini, segala masakannya tawar dan hanya sesuai dengan tekak penghuni negara padang pasir.

Makanan asasi tempatan seperti roti (Aish), nasi berlauk ayam (Ruzz Firakhmasu), syawarma (kebab) atau kuah kacang kuda dipanggil ‘tohinah’ hanya mampu bertahan seketika dengan selera kami.



Sos cili juga sukar didengar malah hampir tidak difahami peniaga makanan apabila diajukan soalan itu. Paling tidak, kami diberi sos tomato di dalam peket kecil.

Tiada istilah cili api, cabai burung atau cili masak di sini kerana orang Arab cukup ‘pantang’ dengan rasa pedas. Masakan pedas dianggap hanya sesuai untuk orang India atau Asia.


Puas penulis mencuba pelbagai makanan Arab namun akhirnya hanya satu rasa yang muncul iaitu jemu dan tiada kepelbagaian.


Rindu terhadap makanan tempatan sedikit terubat apabila wartawan dipelawa menghadiri majlis berbuka puasa oleh penghuni asrama pelajar Pulau Pinang, kelmarin.

Walaupun ringkas iaitu nasi tomato bersama ayam masak merah yang dimakan beramai-ramai di atas talam, ia amat menyelerakan. Cukup rasa pedas dan rempah ratusnya.


Malah penulis tidak menyangka hidangan itu dimasak penuntut lelaki yang dianggap ‘master chef’ di asrama berkenaan.

Penulis dijemput pula Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia di Kaherah yang mempelawa kami bersama kakitangan kedutaan berbuka puasa di markas persatuan itu di Sayyidah Zainab, Kaherah.


Kali ini penulis dihidang nasi hujan panas, rendang ayam pedas dan sayur. Hidangan kali ini juga kena selera kami malah mendapat pujian wakil kedutaan Shaiful Anuar Mohammad.


Agak melucukan apabila ada penduduk Arab menganggap makanan pedas bercili tidak ubah seperti hidangan dari neraka. Ini membuktikan betapa takutnya mereka pada makanan pedas. - Jamilul Anbia



Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Makanan Bercili Tak Ubah Seperti Makanan Dalam Neraka?????. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/makanan-bercili-tak-ubah-seperti.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 17/07/13

Belum ada komen untuk "Makanan Bercili Tak Ubah Seperti Makanan Dalam Neraka?????"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman