SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Mati Mengejut Semasa Bawa Kereta


Mati mengejut Boleh Membawa Padah Terutama Yang Ada Serangan Jantung


Port Dickson: Seorang warga emas terbunuh apabila kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang di Kilometer 13.4, Jalan Pantai, di sini, semalam, selepas mengalami serangan jantung.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Ang Chu Hak, 64, dari Pasir Panjang, di sini, memandu kereta Proton Iswara dipercayai dalam perjalanan dari Pasir Panjang menghala ke Teluk Kemang.



Jurucakap polis berkata, siasatan awal polis mendapati Ang diserang sakit jantung menyebabkan keretanya gagal dikawal lalu terbabas ke dalam longkang.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian.


“Siasatan juga mendapati, kemalangan tidak membabitkan kenderaan lain,” katanya.


Saksi Yap Kooi Kiong, 43, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Teluk Kemang untuk ke Pasir Panjang sebelum bertembung kenderaan mangsa yang gagal dikawal.

“Saya ingatkan pemandu kereta itu mabuk berikutan ia dipandu dalam keadaan bahaya malah hampir memasuki laluan bertentangan.


“Namun, sebaik kereta itu terbabas ke dalam longkang, saya turun melihat keadaan mangsa dan menemui seorang lelaki tidak sedarkan diri di tempat pemandu,” katanya. Menurutnya, mujurlah ketika kejadian, terdapat sebuah kereta peronda polis yang turut berhenti untuk membantu mengeluarkan mangsa. “Bagaimanapun, kereta itu berkunci dari dalam menyebabkan kami terpaksa menunggu bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang bagi memecahkan kereta itu. “Sebaik dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Teluk Kemang sebelum dihantar ke HPD untuk bedah siasat,” katanya. Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Abdul Wahab Harun mengesahkan kejadian.















Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Mati Mengejut Semasa Bawa Kereta. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/mati-mengejut-semasa-bawa-kereta.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 12/07/13

Belum ada komen untuk "Mati Mengejut Semasa Bawa Kereta"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman