11/07/13
Pakar Membuat Mercun Terima Padah Akhirnya
Selamat Datang Ke Blo Ini Dapat Memberi Pengajaran Kerana Umat Islam Menyambut Ramadhan Tetapi Mereka Menyambut Kedatangan Main Mercun Buatan Sendiri.....
Alor Setar: Tindakan berani sekumpulan remaja bermain mercun buatan sendiri mengundang padah apabila dua daripada mereka melecur di muka dan jari kanan selepas batang paip besi yang diisi belerang meletup sebaik dicucuh api, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa, Muhammad Aiman Amzar Jamsari, 13, dan Mohamad Hanif Mohd Nawi, 14, dikatakan bermain dengan 15 rakannya di Padang Permainan Taman Bersatu, Baling, tiba-tiba menjerit kesakitan selepas mercun itu terkena muka mereka.
Difahamkan, mangsa terbabit adalah kes pertama yang terkena mercun di negara ini ketika umat Islam baru menyambut hari pertama bulan Ramadan, semalam.
Muhammad Aiman melecur di muka dan jari kanan dimasukkan ke ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini manakala Mohamad Hanif melecur di muka dan masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.
MUHAMMAD Aiman menerima rawatan di HSB.
Difahamkan, mangsa dikatakan pulang ke rumahnya di taman perumahan itu yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian seorang diri, tetapi ketika kejadian ibu bapa serta adiknya tiada di rumah kerana menunaikan solat Tarawih di surau berhampiran.

Take over tempat setan...
BalasPadamPadan muka la...tiap2 tahun dah ada kejadian sama tp anak melayu ni x reti nak ambil pengajaran..
BalasPadamlain kali main lagi k..
BalasPadamyg hairan kedah kelate dan terganu shj.
BalasPadamX serik2...muda lg..xsyg nyawa ke...
BalasPadamBersukurlah
BalasPadamTu Bkn pakar tapi bangag klau pakar tkn jd McM tu org bab org yg pakar safety first Tul tak? Hehehehe pa2 pon dah tau tu bahaye jgn la wat...!
BalasPadam