SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Satu Badan Hampir Putus Kerana Dilibas Samseng

Nasibnya Sudah Tiba Apabila Benda Tak Dijangka....Ikuti Cerita Ini Dibawah....


Klang: Seorang lelaki parah dengan lengan dan betisnya hampir putus dipercayai dilibas senjata tajam selepas diserang sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di Jalan Papan, di sini Ahad lalu.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 30 tahun itu sempat dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, kira-kira jam 1.30 tengah malam dan kini dilaporkan kritikal.


Sumber berkata, mangsa turut mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan lain.

Menurutnya, kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis oleh kakitangan HTAR untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.


“Ketika tiba di hospital, keadaan mangsa agak kritikal kerana tidak sedarkan diri selain parah dengan paha dan lengan hampir putus. Setakat ini, motif kejadian masih belum dapat dikenalpasti,” katanya.


Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Sementara itu, dalam pergaduhan berasingan sehari selepas itu, seorang lelaki berusia 48 tahun cedera diserang sekumpulan lelaki tidak dikenali di persimpangan lampu isyarat Jalan Raja Nong, di sini, Isnin lalu.


Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa cedera di tangan dan kaki kanan akibat dipukul menggunakan senjata keras dan tumpul.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, ketika kejadian, mangsa yang menaiki motosikal seorang diri itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Mesra selepas selesai urusan di Taman Sentosa, di sini.


Beliau berkata, ketika berhenti di lampu isyarat, lima hingga enam lelaki yang menaiki tiga motosikal Honda EX5 terus menyerangnya dari belakang.


“Mangsa tidak dapat mengecam suspek kerana semua mereka memakai topi keledar selain keadaan gelap.


“Berdasarkan keterangan mangsa, beliau mengakui tidak mempunyai musuh atau berhutang dengan mana-mana pihak,” katanya.


Mohamad berkata, selepas memukul mangsa, suspek terus melarikan diri dan mangsa yang mengalami kecederaan terbaring di tempat kejadian sebelum ditemui seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah yang kebetulan melalui jalan sama lalu membawa mangsa ke HTAR untuk rawatan kecemasan.


Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan suspek yang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan kecederaan.




Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Satu Badan Hampir Putus Kerana Dilibas Samseng. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/satu-badan-hampir-putus-kerana-dilibas.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 12/07/13

Belum ada komen untuk "Satu Badan Hampir Putus Kerana Dilibas Samseng"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman