5/10/13

Sebab Umat Islam Tidak Dibenarkan Minum Coca-Cola

Info yang perlu kita baca!!Coca-Cola ialah minuman kola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola (The Coca-Cola Company; NYSE : KO) dari Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Minuman ini merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan sejagat yang amat meluas. Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai cap dagangannya pada tahun 1886.



Asalnya ia dicipta sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19. Namun begitu hasil usaha dan strategi pemasaran yang bijaksana oleh usahawan Asa Griggs Candler, Coke berjaya mendominasi pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20. Walaupun sekali sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coke masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia.

Sebagai satu strategi pemasaran awam yang dimulakan oleh Robert W. Woodruff, syarikat ini telah menghebahkan bahawa ramuan minuman Coke merupakan suatu rahsia perdagangan dalam perniagaan moden yang hanya diketahui oleh beberapa orang pekerja sahaja.

Rahsia ini termasuklah, ramuan yang dikenali “7X” yang selama ini dianggap sebagai komponen rahsia untuk Coke.

Walaupun begitu, sehingga kini tiada sesiapa yang mengetahui “X” itu merujuk kepada apa.

Walaupun begitu adalah dipercayai pekerja Coca-Cola telah mencampuradukkan minuman ini menurut nombor yang diberi kepada ramuan tertentu dan bukannya nama, untuk mengelakkan kemungkinan pekerja melakukan kejuruteraan terbalik ke atas resipi Coke.

Namun demikian, pembuat minyak wangi dan ahli sains pemakanan melalui kaedah yang moden mampu mengenalpasti komposisi produknya yang disokong oleh kewujudannya banyak perisa minuman kola dan minuman bergas, seperti Pepsi.


Resipi Merchandise 7X Flovaring




Resipi minuman tersebut telah ditemui oleh John Pemberton, seorang ahli farmasi ubat pada tahun 1886, terus menjadi misteri. Mesteri ini hanya terjawab apabila sebuah gambar seseorang memegang buku dengan resepi yang didakwa sebagai replika yang tepat daripada Pemberton’s yang disiarkan oleh Atlanta Journal – Constitution pada 8 Februari 1979.

Resepi ini dilaporkan mengandungi ukuran yang tepat dari pelbagai minyak yang berbeza yang diperlukan untuk bahan rahsia Coca-Cola yang dinamakan “Merchandise 7X Flavoring”.

Walaupun hanya satu peratus dari jumlah keseluruhan formula minuman itu digunakan, ia dikatakan dapat memberi rasa yang unik pada minuman yang popular tersebut.

Merujuk kepada petikan sumber di dalam artikal bertajuk “Original Recipe” yang diterbitkan oleh This American Life menceritakan maklumat berikut:

 Kami tidak mendakwa bahawa kita telah menemui resipi yang digunakan hari ini untuk Coca-Cola. Kami percaya kami mendapati resipi yang sama ada resipi asal yang dibuat oleh pencipta Coke, John Pemberton, atau versi Coca-Cola bahawa dia dibuat sama ada sebelum atau selepas produk berada di pasaran pada tahun 1886. Kami percaya bahawa kerana ia didapati di dalam buku sahabatnya, pada halaman yang bertajuk “Coco-Cola resipi bertambah baik,” dan kerana ia dijumpai dalam buku nota Pemberton sendiri, di arkib Coca-Cola.


Coca-Cola Haram

Kesan daripada penyiaran artikel mengenai Coke mengandungi ekstrak daripada komponen babi yang disiarkan dalam Akhbar Al-Riyadh pada 20 Ogos 2006 telah menyebabkan kebanyakan orang ramai cuba mengelak dari membelinya.

Ia diburukkan pula dengan penemuan kandungan kimia yang berbahaya seperti karbonat berlebihan dan sebagainya.Senario ini bertambah kronik apabila hasil semakan mendapati Coke ini adalah produk Yahudi dan mereka yang menyokong dan membiayai aktiviti-aktiviti pengganas Israel.

Dr. Mangoshada

Isu pengambilan Coke yang keterlaluan menjadi topik hangat di seluruh dunia.

Namun begitu, hasil penyelidikan saintifik dan perubatan yang dijalankan oleh Dr. Mangoshada, Ketua Pusat Sains Dan Teknologi, Universiti Delhi di India telah membuktikan bahawa minuman Coke membawa kepada penyakit kanser kerana unsur utama yang diambil dari usus babi.

Ini kerana ia adalah satu-satunya haiwan yang memakan kotoran, tahi dan air kencing yang membawa kuman maut dan mikrob. Hasil kajian juga mendapati kesan meminum Coke boleh membawa kepada kadar jantung lebih cepat dan tekanan rendah. Hanya dengan meminum 6 botol Coke dalam satu masa, ia boleh menyebabkan kematian segera.

Hina Islam
Coca-cola cover menghina Islam Muslihat musuh dalam  menjajah dan menjahanamkan minda umat Islam.Pernah anda membeli Coke? Cuba perhatikan perkataan ‘”Coca-Cola” dengan mengoyakkan ‘cover plastic’ dan terbalikkannya.

Apa yang anda dapat lihat? Ya, sudah semestinya tulisan perkataan “Coca-Cola” akan bertukar menjadi ” La’ Muhammad La’ Makkah ” yang bermaksud ” TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH “. Astazfirullah...

Ingatlah wahai Saudara ku, jika kita mengucapkan kata-kata ”TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH” secara sedar atau di bawah sedar, AQIDAH kita sudah terpesong secara HALUS. Nauzubillahi minzalik...

Justeru itu, marilah kita sama-sama menyampaikan MESEJ ini kepada Saudara Islam yang lain agar kita MEMBOIKOT dan MENGHARAMKAN minuman COKE walau setitik masuk ke dalam tubuh kita. Insya’Allah...

Kita renungkan kembali, kerja siapakah ini? Sudah pasti bangsa Yahudi dan Nasrani yang tidak akan aman selagi umat Islam itu tidak tenggelam dibuai keseronokan dunia.

Punca utama masalah ini terjadi adalah kerana kita ALPA dan LEKA. Mereka sering berusaha dan terus mencuba untuk menghancurkan ISLAM. Jika dibuat pengamatan serius, kita dapati sebahagian usaha MEREKA telah hampir berjaya kerana umat Islam lebih terikut-ikut dengan Budaya Barat. Bangsa Yahudi tahu bahawa mereka tidak boleh mengalahkan ISLAM melalui peperangan. Sebaliknya mereka cuba untuk musnahkan ISLAM melalui pemikiran.

10 Kegunaan Luar biasa Coca-Cola

Berdasarkan kepada kajian santifik yang dijalankan oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai kebaikan dan keburukan minuman Coca-Cola (Coke). Kajian ini meliputi sektor peruncitan, bahan “household”, restoran, bengkel dan persekitaran kehidupan manusia seperti berikut :

    Sektor Makanan (Untuk merebus) : Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang.Sektor Pembersihan (Untuk mencuci tandas) : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun sudah habis. Rasa-rasa buat sabun badan, boleh tak?

    Sektor Automotif (Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome) : Gilapkan bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang.

    Sektor Automotif (Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta) : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

    Sektor Kejuruteraan (Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat) : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

    Sektor Pencucian (Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian) : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak itu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

    Sektor Pencucian (Untuk mengelap cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit) : Celup tuala dengan Coke dan lap. pasti bersih. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

    Sektor Pencucian (Untuk memcuci bahagian enjin lori/trak) : Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, pasti dilengkapi dengan tanda amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau “Bahan Penghakis : bahaya”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis.

    Sektor Makanan (Untuk meningkatkan kemanisan minuman) : Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula itu di rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otak pun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo dan F&N.

    Sektor Perubatan (Untuk melebur): Cuba rendamkan gigi dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi itu hilang/lebur dalam masa 24 – 49 jam. Kepada sesiapa yang sakit gigi cubalah cara ini, agaknya-agaknya gigi itu pun boleh hilang.

Kesimpulan

Faktor kelemahan dan kedaifan umat Islam dalam berbagai sudut tidak perlu diperkatakan lagi. Apa yang perlu diteliti adalah jalan penyelesaian bagaimana umat Islam boleh memecah keluar daripada kancah kelemahan-kelemahan ini.

Merujuk kepada Sekretariat World Muslim Consumers Association (WMCA) telah membuat kajian mendalam semenjak beberapa tahun lalu dan mendapati antara punca utama kelemahan umat Islam adalah tiadanya perpaduan dan koordinasi dalam hampir segala bidang kehidupan.

Sungguhpun jumlah umat Islam sebenarnya berjumlah 1/3 penduduk dunia. Ditambah pula kalau dinilai secara individu, ramai umat Islam mempunyai berbagai kepakaran dan kekayaan yang luar biasa, malangnya kelebihan ini tidak mampu menterjemahkan sebarang kekuatan kerana rapuhnya jaringan dan perpaduan antara mereka.

Islam mewajibkan umatnya bersatupadu, namun hari ini ianya tidak berlaku. Malah amalan perpaduan dan kerjasama erat yang diamalkan bangsa Yahudi, China, Jepun, Jerman mahupun Sikh tidak langsung terujud dalam masyarakat Islam.

Inilah yang menyebabkan umat Islam dan negara-negara Islam lemah serta dengan amat mudah diperbodoh, diperhamba, diperkuda dan dipersendakan sehinggakan rata-rata masyarakat Islam terpaksa bergantung kepada musuh untuk bantuan dan perlindungan malah barangan makanan sekalipun terpaksa diperolehi dari masyarakat bukan Islam.

Sedangkan dengan jumlah umat yang ramai, kita boleh mengambil tindakan drastik untuk MEMBOIKOT atau MEMPROTES semua produk Yahudi bukan sahaja COKE tetapi merangkumi semua jenis produk harian yang terbukti HARAM.

Sehubungan itu, kita perlulah bersatu HATI dan MINDA untuk meneraju perjuangan ini dalam mengeratkan tali silatulrahim dan ukhuwah sesama ISLAM. Ini kerana hanya umat Islam sendiri dapat mengubah dan mencorakkan nasibnya sendiri seperti yang difirmankan oleh Allah S.W.T dengan mafhumnya:

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah Arra’d - Ayat 11)

Sumber Rujukan:
http://newsfeed.time.com/2011/02/15/is-this-the-real-thing-coca-colas-secret-formula-discovered/
http://www.mohamadazhan.com/2010/12/bahaya-coca-cola-fatwa-coca-cola-haram.html
http://www.thisamericanlife.org/radio-archives/episode/427/original-recipe
http://www.islam.com/reply.asp?id=805484&ct=8&mn=805484

[Sumber]

masih minum Coca-Cola? lihat video ini



1 ulasan:

  1. Kenapa pehak kementerian perdagangan tak mengharam kan produk ni...?

    BalasPadam