SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Ditangkap Ketika Tengah Duduk Atas Badan Pakwe

GEORGTOWN : Tindakan sepasang kekasih bercumbu sambil tubuh wanita berada di atas badan teman lelakinya di tempat duduk penumpang membawa padah apabila mereka dicekup kerana disyaki berkelakukan kurang sopan di kawasan hentian Rawat dan Rehat (R&R) Bagan Ajam, di sini, malam kelmarin.

Pemeriksaan itu dijalankan jam 11.30 malam oleh sepasukan 17 pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan sambil dibantu lima anggota Cawangan Penyiasatan Ketenteraan (CPK).

Khairul Azman berkata, ketika rondaan dilakukan sebuah kereta dikesan berhenti di tepi jalan berhampiran pantai di kawasan itu sebelum pemantauan dan pemeriksaan dijalankan.Menurutnya, ketika merapati kenderaan itu didapati seorang lelaki ditemui terbaring di tempat duduk penumpang bahagian hadapan manakala seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya berada di atasnya dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, apabila diperiksa dan ditahan, kedua-dua mereka yang berusia 20-an itu menafikan melakukan perbuatan tidak senonoh. namun selepas disoal siasat mereka mengaku bercumbu.“Mereka diberikan notis menghadirkan diri di Pejabat Agama Daerah Butterworth.

“Turut ditahan dua lagi pasangan di kawasan itu yang dikesan berpelukan dalam keadaan mencurigakan,” katanya.Khairul Azman berkata, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkelakuan kurang sopan di tempat awam dan sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Ditangkap Ketika Tengah Duduk Atas Badan Pakwe. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2014/04/ditangkap-ketika-tengah-duduk-atas.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 16/04/14

2 komentar untuk "Ditangkap Ketika Tengah Duduk Atas Badan Pakwe"

  1. Tanpa Nama24.4.14

    Padan muke,nak buat zinah tak ingat dosa ker

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama25.4.14

    spatot nye jalan kan hukum hudud....sbab kan ia x takot dosa apetah lg dgan allah.....subbahanallah.....nampak nye pggangan agama dah longga......

    BalasPadam

Geng Blogger

Putera Izman