SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Perkahwinan Antara Wanita Islam Dan Lelaki India Terhenti Diserbu JAIS

Petaling Jaya – Majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat dan budaya agama Hindu tergendala apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa membabitkan seorang pengantin wanita yang beragama Islam, di sini, pagi tadi.

Tinjauan wartawan Harian Metro ke lokasi majlis di Jalan SS 1/25 pada jam 10.30 pagi tadi mendapati kira-kira 50 tetamu sudah tiba di majlis berkenaan sebelum empat pegawai penguatkuasa JAIS tiba untuk melakukan siasatan.

Bagaimanapun, keadaan di lokasi terkawal apabila pihak keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan tetamu yang hadir memberikan kerjasama kepada pegawai JAIS di samping kawalan ketat kira-kira 10 pegawai dan anggota polis di luar kawasan majlis tersebut.

Menurut sumber, perkahwinan antara lelaki beragama Hindu dan pasangannya yang dipercayai beragama Islam dijangka dilangsungkan pada 10.30 pagi dan ia terpaksa dibatalkan selepas pihak berkuasa mendapat aduan bahawa perkahwinan tersebut melanggar undang-undang.

“Pihak berkuasa menerima maklumat daripada orang awam bahawa ia (perkahwinan) akan dilangsungkan pada hari ini dan hasil siasatan mendapati maklumat itu tepat dan serbuan telah dijalankan,” kata sumber. – Harian Metro


credit to: blog 3 dlm 1

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Perkahwinan Antara Wanita Islam Dan Lelaki India Terhenti Diserbu JAIS. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL http://gempaqgiler.blogspot.com/2014/06/perkahwinan-antara-wanita-islam-dan.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 1/06/14

Belum ada komen untuk "Perkahwinan Antara Wanita Islam Dan Lelaki India Terhenti Diserbu JAIS"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman