SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Gadis Ketakutan Dicabul Jurujual Wayar Gas Di Dapur

Sandakan: Seorang ‘jurujual’ salur gas memasak yang meminta izin untuk melakukan pemeriksaan dapur gas di rumah didiami seorang gadis berusia 15 tahun dikatakan mengambil kesempatan mencabul gadis terbabit dalam kejadian di Kampung Sim-Sim, di sini, Rabu lalu.

Sebelum kejadian, mangsa berada di rumah bersama ibu dan adik perempuannya sebelum didatangi seorang lelaki berusia 20-an yang berpura-pura mahu memeriksa saluran gas memasak, jam 1 petang.Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa mengizinkan suspek masuk ke dalam rumah dan mereka terus menuju ke dapur.

Menurut sumber, pada mulanya, suspek mengajar mangsa cara menguruskan paip gas sambil berdiri di belakang gadis berkenaan.“Namun, tiba-tiba suspek memegang tangan mangsa dan terus mencabulnya.

“Terkejut diperlakukan sedemikian, mangsa berlari ke ruang tamu manakala suspek dipercayai terus menghilangkan diri,” katanya.Katanya, bimbang dimarahi, mangsa tidak melaporkan kejadian itu dan hanya menceritakannya sehari selepas itu.

Bapa mangsa yang terkejut sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu membawa mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk membuat laporan.Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Superintendan Fadzil Mohd Ali berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan polis melakukan siasatan.

“Mangsa mendakwa tidak mengenali suspek, namun mampu mengecam wajahnya.“Polis berjaya menahan seorang lelaki di Jambatan 14 Kampung Sim-Sim, di sini, jam 10.50 pagi tadi (semalam) bagi membantu siasatan,” katanya.Fadzil berkata, suspek yang bekerja sebagai jurujual ditahan reman empat hari.

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Gadis Ketakutan Dicabul Jurujual Wayar Gas Di Dapur . Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL https://gempaqgiler.blogspot.com/2014/06/gadis-ketakutan-dicabul-jurujual-wayar.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 14/06/14

Belum ada komen untuk "Gadis Ketakutan Dicabul Jurujual Wayar Gas Di Dapur "

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman