SITE MAP | PENGIKLANAN | HUBUNGI | DAPATKAN HADIAH MISTERI

Memang Gempaq

info panas | info semasa | info pelik |

.

Ustazah Berjubah Mengigil Dicekup Khalwat

gambar hiasan
Tindakan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun menemani saudaranya memadu kasih dengan teman lelaki di sebuah bilik hotel murah di Jalan Jedok, di sini membawa padah apabila dia turut ditahan sepasukan anggota Skuad Amru, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) Tanah Merah.

Dalam serbuan jam 4.15 pagi itu, pelajar ditahan lengkap berpakaian jubah dan bertudung itu melutut dan merayu kepada anggota penguat kuasa supaya tidak melaporkan kejadian berkenaan kepada keluarganya.Difahamkan, pelajar yang tinggal di Tumpat itu mengikuti saudaranya dan teman lelakinya, masing-masing berusia 22 tahun dari Pasir Mas ke Tanah Merah, sebelum menyewa bilik di sebuah hotel murah.

Sumber berkata, serbuan dilakukan tiga anggota Skuad Amru selepas mendapat maklumat daripada orang ramai jam 4 pagi.Katanya, sebaik tiba, pihaknya terpaksa mengetuk pintu bilik hampir 10 minit sebelum seorang lelaki berusia 22 tahun membuka pintu.“Lelaki terbabit yang ketika itu memakai baju-T dan berseluar pendek kelihatan menggigil ketakutan.

“Pemeriksaan di dalam bilik yang disewa RM40 semalam itu mendapati ada dua wanita bersama lelaki terbabit. Seorang berusia 13 tahun ditemui lengkap berpakaian jubah dan bertudung rnanakala seorang lagi berusia 22 tahun, memakai baju-T dan berseluar pendek,” katanya.

Siasatan awal mendapati pelajar 13 tahun itu belajar di sebuah sekolah menengah di Tumpat manakala wanita berusia 22 tahun mendakwa sudah berumah tangga, tetapi dalam proses perceraian dan bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

“Siasatan mendapati pelajar berusia 13 tahun itu dibawa saudaranya bagi mengaburi pihak berkuasa jika bilik hotel mereka diserbu. Semua yang ditahan dibawa ke pejabat Jaheaik Tanah Merah untuk disiasat. Pelajar terbabit dibebaskan selepas diambil keterangan,” katanya.Sementara itu, pegawai Jaheaik Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan penangkapan itu.

“Pasangan berusia 22 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 9 (3) (4) Kanun Ienayah Syariah Kelantan dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM1 ,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya. 


sumber:pilihan-anda

Tajuk Paling Popular

Cara Bersetubuh Dalam Islam Yang Umat Islam Kena Tahu --> Baca Disini
Hukum Doktor Lelaki Memegang Dan Melihat Kemaluan Wanita-->Baca Disini
Kisah Benar Isteri Berzina Ketika Suami Outstation--> Baca Disini

Kisah Benar Anak Rogol Ibu Sendiri Hingga Hamil--> Baca Disini
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info semasa dengan tajuk Ustazah Berjubah Mengigil Dicekup Khalwat. Jika Artikel Ini Menarik Sila Bookmark dengan URL https://gempaqgiler.blogspot.com/2014/06/ustazah-berjubah-mengigil-dicekup.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown - 4/06/14

Belum ada komen untuk "Ustazah Berjubah Mengigil Dicekup Khalwat"

Catat Ulasan

Geng Blogger

Putera Izman