27/06/13

3 Sahabat Disamun Selepas Dinner



 Kegembiraan tiga sahabat selepas menikmati makan malam di sebuah restoran bertukar malang apabila dipukul dan disamun enam lelaki dalam kejadian di Jinjang, di sini, kelmarin.

Kejadian jam 1 pagi itu menyebabkan mangsa kerugian RM5,000 dan cedera di muka serta badan.


Sumber polis berkata, tiga mangsa berusia 20-an didatangi enam lelaki yang memberhentikan motosikal di depan mangsa dan minta mereka supaya tidak bergerak.

“Mangsa cuba melarikan diri ke arah kereta, namun tidak sempat apabila enam lelaki bertindak ganas memukul mereka dengan besi dan tangan.


“Akibatnya mangsa terjatuh dan terus dipukul hingga cedera,” katanya di sini, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan