Perbuatan jijik guru berusia 30-an itu terbongkar selepas mangsa mengadu mengenai kejadian yang menimpanya kepada seorang guru kaunseling sekolahnya.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, mangsa yang berusia 16 tahun adalah pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di daerah ini dan mendakwa dirogol di rumah suspek.
“Kejadian bermula apabila mangsa mengadu tidak sihat sebelum suspek membawanya ke klinik di Sungai Besar. Selepas menerima rawatan, suspek tidak menghantar mangsa semula ke sekolah, sebaliknya membawanya ke rumah,” katanya.
Menurutnya, suspek yang sudah berumah tangga membawa mangsa ke rumahnya yang kebetulan kosong kerana ketiadaan isterinya sebelum merogol mangsa.
“Pada mulanya suspek ‘memancing’ mangsa dengan memaksa menonton video lucah sebelum merogolnya. Mangsa yang ketakutan hanya mampu berdiam diri dengan perbuatan gurunya.
“Selepas kejadian itu, suspek menghantar mangsa pulang dan berpesan supaya tidak menceritakan perbuatannya kepada sesiapa,” katanya.
Noor Mushar berkata, mangsa yang kembali ke sekolah kemudian mengadu mengenai perbuatan suspek kepada guru kaunseling kerana bimbang suspek mengulangi perbuatannya pada masa akan datang.
“Laporan polis dibuat keluarga mangsa sehari selepas kejadian dan suspek ditahan sekitar daerah ini untuk siasatan lanjut.
“Polis menerima perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula semalam terhadap suspek bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.
Ni kampung aku ni....
BalasPadamIngatkan islamik kg aku tu.
Hmmm...dah tk islamik da mcm dulu.
Pasni boleh la buat konsert dah.
Kes mcmni pon boleh blaku. Hmm
InsyaAllah, masih terpelihara Islamnya ahli keluarga kat kg tu.. Yg buat benda2 gini org luar pun..
PadamHarapkan pagar, pagar makan padi..
Padamsekolah mane ek?saye pun ngaja kt sg besar..huhu
BalasPadamjgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga...yg mmbuat slh hnya segeluntir..bkn kseluruhan...
BalasPadambtw..apa pn p'buatan guru lelaki 2...biar Allah yg hukum & pihak b'kuasa yg mgmbil tindkan
bod0h nye..tugas dia tu merogol ke?xsuka mengajar pelajaran?..rosak punya manusia..
BalasPadamBetol tu..bodoh punye cikgu..
PadamBdoh La Owg Gne Nie. . . Bgus Awk Cri Isteri Len Bru Awk Buat. . .Nie NK D RejaM Nie
BalasPadambdk pmpuan tu pn gtl sbnrnye...
BalasPadamaq dok situ...taula...nk lpskn diri
Akhir zaman....nak ubah pon da tak boleh...
BalasPadamGuru gile sex
BalasPadam