KEKOK
dan bagai tidak percaya. Itulah yang terlintas dalam fikiran aktor
Fahrin Ahmad apabila mendengar lagu berjudul Siapa Ingin Membawa
dendangannya sendiri buat pertama kali.Lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan
lirik oleh Fetri Yahya itu merupakan lagu runut bunyi untuk drama
bersiri terbaharu di slot Akasia TV3, Rindu Bertamu di Abu Dhabi lakonan
Fahrin bersama pelakon Tasha Shila, Fouziah Gous, Shahrizal Jaszle dan
Aiman Hakim Ridza.
Menurut Fahrin yang ditemui pada majlis pelancaran drama itu di Kuala Lumpur baru-baru ini, dia bukan sengaja untuk menjadi penyanyi kerana semua berlaku tidak dirancang.“Semuanya bermula dengan gurauan apabila saya kata boleh cuba untuk menyanyi tetapi kena buat betul-betul dan lagu harus sesuai dengan tahap vokal saya.
Menurut Fahrin yang ditemui pada majlis pelancaran drama itu di Kuala Lumpur baru-baru ini, dia bukan sengaja untuk menjadi penyanyi kerana semua berlaku tidak dirancang.“Semuanya bermula dengan gurauan apabila saya kata boleh cuba untuk menyanyi tetapi kena buat betul-betul dan lagu harus sesuai dengan tahap vokal saya.
“Penerbit
drama ini terus minta lagu dan suruh saya menyanyi lagu ini. Semuanya
berjalan dengan pantas kerana proses rakaman mengambil masa selama tiga
hari sahaja,” kata Fahrin.Tidak mengikuti sebarang kelas vokal mahupun
mempunyai pengalaman menyanyi secara langsung di hadapan khalayak,
Fahrin sendiri berasa sungguh lucu apabila dia ditebak dengan persoalan
adakah dia kini mahu jadi penyanyi?
“Sebenarnya
saya sendiri berasa kelakar sebab selama 10 tahun menjadi pelakon, ini
kali pertama kali saya menyanyi. Sebelum ini saya menyanyi di karaoke
untuk suka-suka sahaja, tidak pernah pun masuk studio rakaman sebelum
merakam lagu untuk drama ini.“Bagi saya, nyanyian adalah satu cabang
yang baharu kerana sebelum ini saya telah menjadi pengacara, jadi apa
salahnya untuk mencuba,” ujarnya.
Tambah
Fahrin, meskipun sudah memiliki sebuah single, dia belum terfikir untuk
menjadikan nyanyian sebahagian daripada kerjaya utamanya.“Nyanyian
sekadar kerjaya sampingan sahaja. Saya lihat dulu respons peminat
terhadap lagu pertama ini, jika ada sambutan bolehlah diteruskan.
“Jika
tidak ada sambutan, inilah lagu pertama dan terakhir saya (ketawa).
Saya bukan ikut trend pelakon jadi penyanyi, tetapi hanya sahut cabaran
yang diberikan kepada saya,” tuturnya.Bercerita mengenai pengalamannya
di studio rakaman membuatkan Fahrin sedar bahawa menjadi penyanyi bukan
satu perkara yang mudah.
“Selepas
saya melalui sendiri pengalaman merakam lagu, baru saya sedar bahawa
nyanyian bukan mudah. Sekarang saya lebih menghargai penyanyi.“Menyanyi
perlukan latihan, tidak mustahil jika saya diberi masa yang lebih lama,
mungkin saya boleh menyampaikan lagu ini dengan lebih baik.
“Bagaimanapun,
saya menyedari diri ini boleh menyanyi tetapi bukanlah penyanyi yang
baik. Jika lagu ini diterima peminat, saya sudah cukup bersyukur,”
balasnya.
Abu Dhabi
Berbicara
tentang drama bersiri Rindu Bertamu di Abu Dhabi yang menggantikan
drama bersiri popular, Setia Hujung Nyawa, Fahrin yakin drama lakonannya
itu mampu menarik perhatian peminat.“Drama ini cukup menarik jalan
ceritanya kerana naskhahnya berdiri dengan sendiri. Drama Setia Hujung
Nyawa mempunyai ramai pengikut mungkin kerana cerita daripada sebuah
novel popular.
“Saya
berharap drama Rindu di Abu Dhabi akan mengatasi drama Setia Hujung
Nyawa. Gementar juga kerana saya dengar rating drama itu sangat tinggi,”
ungkapnya.Bercakap tentang pengalamannya sepanjang sebulan menjalani
penggambaran drama di Abu Dhabi, kata Fahrin, pada mulanya sukar untuk
menyesuaikan diri.
Namun,
keramahan rakyat Malaysia di sana melayan semua kru dan pelakon
menyebabkan mereka merasa seperti berada di tanah air sendiri.“Abu Dhabi
memang tempat yang cantik untuk bercuti tetapi kalau sudah hampir
sebulan duduk di sana tetap rindu nak balik Malaysia. Nasib kami baik,
di sana ramai rakyat Malaysia, jadi tidaklah rasa janggal sangat,”
terangnya.
Drama
bersiri 28 episod terbitan Zeel Production yang bersiaran setiap Isnin
hingga Khamis mulai 11 Februari lalu itu mengisahkan tentang Firdaus
(Fahrin) yang membawa diri ke Abu Dhabi kerana difitnah.Angkara fitnah
tersebut, Firdaus terpaksa memutuskan pertunangan dengan Fatin (Fouziah
Gous) dan berkahwin dengan Ain Farohah (Tasha Shila).-kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan