Tidur Dengan Kekasih | Alor Gajah: Sepasang suami isteri bagaikan merestui anak gadisnya
melakukan maksiat apabila tergamak membiarkan wanita itu tidur bersama
kekasihnya di rumah mereka di Masjid Tanah, dekat sini, semalam.
Kegiatan itu terbongkar apabila sepasukan pegawai dan anggota
penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu rumah pasangan
suami isteri berusia 49 dan 46 tahun itu sebelum menemui anak gadis
mereka berusia 20 tahun bersekediaman dengan kekasihnya berusia 26
tahun, pada jam 1.10 pagi.
Ketika kejadian, bukan saja pasangan suami isteri berkenaan berada
di rumah itu, malah anak gadisnya berusia 19 tahun serta nenek kepada
pasangan wanita itu yang berusia 78 turut berada di rumah berkenaan.
Lebih menyedihkan ibu bapa suspek seolah-olah tidak terkejut dengan
kehadiran lelaki bukan mahram itu bermalam bersama anaknya, malah
langsung tidak menunjukkan reaksi marah.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM Rahimin Bani berkata,
berdasarkan aduan, penguat kuasa bergegas ke rumah itu dan selepas
mengetuk serta memberi salam, pintu dibuka anak gadis pemilik rumah
berusia 19 tahun.
Katanya, pemeriksaan lanjut menemui seorang warga emas yang uzur
berada di ruang tamu dan pemeriksaan lanjut menemui pasangan suami
isteri tidur di dalam sebuah bilik.
“Apabila diperiksa sebuah lagi bilik ia dibuka seorang gadis dan
ketika ditanya siapa berada di dalamnya dia menyatakan tiada sesiapa,
dan pemeriksaan kemudian menemui seorang lelaki yang tidak mempunyai
sebarang hubungan mahram.
“Pegawai JAIM turut melakukan soal tanya terhadap ibu bapa gadis
berkenaan dan mereka mengakui mengenali lelaki terbabit, bagaimanapun
memberi alasan tidak mengetahui kehadiran kekasih anaknya itu,” katanya.
Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut,
malah mereka mengakui beberapa kali tidur sebilik di rumah berkenaan
walaupun ibu bapa kepada gadis itu mengetahuinya.
Katanya, lelaki terbabit memberi alasan menumpang tidur di rumah teman wanitanya selepas menghadapi krisis dengan keluarganya.
“Dia sampai di rumah berkenaan sejak petang dan keluarga wanita
itu mengetahui kehadiran lelaki terbabit, malah siasatan mendapati
mereka juga mengakui pernah terlanjur di rumah itu,” katanya yang turut
menjelaskan pasangan itu mengenali hampir tiga tahun.
Beliau berkata, pasangan berkenaan ditahan mengikut Seksyen 53,
Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan
bukan muhrim.
“Jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara 24 bulan atau kedua-duanya,” katanya
dunia nk kiamat maksiat tu cm biasa je astaghfirullahalazim
BalasPadamya allah apa yang terjadi sekarang/....
Padamnauzubillah
BalasPadammungkin ibu bapa dah nikah kn anak nya di negara jiran..jabatan agama cume tau tgk dokumen je..hanya allah je yg tau kebenaran nye..
BalasPadamHuhuhu
BalasPadam