27/06/13

Kanak-Kanak 2 Tahun Dipukul Hingga Mati Mayatnya Ditanam Dalam Hutan


Memang Kejam!! itulah yang dapat admin katakan apabila kanak-kanak yang tidak mengerti erti dosa dipukul sehingga mati.Info ini sangat sesuai dijadikan pengajaran dan peringatan kepada wanita terutamanya ibu tunggal
baca info penuh dibawah

Ipoh: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dipukul hingga mati oleh teman lelaki ibunya sebelum mayat mangsa ditanam di kawasan hutan di Gunung Brinchang, Cameron Highlands.

Kejadian berlaku di Rawang, Selangor pada 2 Jun lalu, namun hanya terbongkar selepas ibu mangsa berjaya melarikan diri daripada kurungan teman lelakinya itu dan membuat laporan polis pada 18 Jun lalu. Bekas suami wanita berusia 30-an itu yang juga bapa kandung mangsa turut membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Kedah, Sabtu lalu, selepas dimaklumkan mengenai kejadian oleh ayah mentuanya.

Sumber polis berkata, mayat mangsa dipercayai disumbat ke dalam but kereta sebelum dibawa suspek sejauh lebih 200 kilometer dari Rawang untuk ditanam di Gunung Brinchang bagi mengelak kes berkenaan diketahui polis.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ibu mangsa yang juga janda mempunyai dua anak lelaki berusia dua dan lima tahun, berkenalan dengan suspek berusia awal 40-an pada 2010.“Wanita terbabit mendakwa suspek membawanya tinggal di sebuah hotel di Johor pada Mac lalu sebelum berpindah pula ke sebuah hotel di Rawang pada awal bulan lalu.

“Dalam laporan polis dibuatnya, wanita itu mendakwa dia kerap dipukul oleh suspek termasuk dengan menggunakan kayu, malah anak bongsunya (mangsa) juga kerap dipukul hingga muntah dan sakit lelah.

“Wanita itu pernah merayu supaya anaknya itu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan, namun suspek enggan berikutan bimbang kesan lebam kecederaan akibat dipukul itu diketahui oleh doktor,” katanya.

Sumber itu berkata, pada malam 2 Jun lalu, wanita itu memberitahu dia tertidur akibat kepenatan dan meminta suspek menjaga mangsa.“Kira-kira dua jam kemudian, suspek mengejutkan wanita dan memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia di atas sejadah.

“Wanita itu meminta suspek membawa mayat anaknya itu ke hospital, namun suspek enggan kerana takut ditangkap polis,” katanya.Menurutnya, keesokan hari suspek membungkus mayat kanak-kanak itu dengan kain sebelum disumbatkan ke dalam but keretanya dan terus memandu menuju Gunung Brinchang dengan membawa bersama ibu dan abang mangsa berusia lima tahun. “Sebaik sampai di satu kawasan sunyi di gunung itu, suspek dikatakan menggali lubang dan menanam mayat mangsa sebelum kembali semula ke hotel sewaan mereka di Rawang.

“Mereka terus menginap di hotel itu sebelum berpindah ke sebuah rumah sewa di Country Homes, Rawang, pada 6 Jun lalu,” katanya.Sumber itu berkata, wanita terbabit memberitahu ketika tinggal di rumah sewa itu dia dan seorang lagi anaknya terus dipukul serta didera, selain tidak dibenarkan keluar rumah.

“Namun, wanita itu berjaya melarikan diri pada 18 Jun lalu ketika suspek tidak berada di rumah. Dengan bantuan orang awam mangsa membuat laporan mengenai kejadian dia didera dan kematian anak bongsunya di Balai Polis Rawang.

“Dia pulang ke kampungnya di Kedah dan memaklumkan kejadian yang berlaku kepada ibu bapanya,” katanya.Menurutnya, bapa wanita itu kemudian memaklumkan kejadian kepada bekas suami mangsa yang juga menantunya sebelum satu lagi laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Sabtu lalu.

“Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan daripada ibu kanak-kanak itu di Balai Polis Sungai Petani, Kedah,” katanya.Jurucakap IPD Kuala Muda yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan dan siasatan kini diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Selangor.

10 ulasan:

  1. Tanpa Nama28.6.13

    kejam sungguh

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama28.6.13

    Salah si mak tu la..gatai sgt ikot jantan..

    BalasPadam
  3. Lebih baik tsk payah ada BF klu cuma utk menderita & anak jadi mangsa.Lain kali jgn gatal nak berboyfren sblm selidik dulu background lelalaki. Semdiri cari penyakit.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama28.6.13

    kenapa sampai hati... kerana jantan zuriat sendiri jadi mangsa.

    BalasPadam
  5. pailang_nampak28.6.13

    2 la manusia yg bernafsukan binatang... binatang pn sygkn anaknya...

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama28.6.13

    Ibu yang bodoh kerana mabuk dengan cinta suami baru hinggakan tergamak melihat anak sendiri diperlakukan sedemikian rupa.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama28.6.13

    xsanggup rasanya nak habiskan baca.sanggup pulak si mak tu ikut BF dia gi tanam mayat anak dia mcm tu jer..Giler ke apa?Kita ni klu kucing kene buang pun sanggup bela.ni kan pulak darah daging sendiri..si mak tu dah lah ddk bersama BF.sah2 berzina.Nausubillha

    BalasPadam
  8. dunia akhir zaman, itulah padah bila manusia hilang takut pada Tuhan, hilang iman,hilang pedoman,

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama4.7.13

    jenis mak yang pentingkan diri sendiri memanglah macam tu..kenapa lah Allah tak mandul n kurangkan sikit otak perempuan tu....gatal...miang..tu lah sampai ikut lelaki pegi hotel...murah...bodoh..n segalanya ada pada dia...

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama17.7.13

    Kita doakan ajelah semoga mereka yang bersalah tu, bertaubat dan memohon kemaafan kepada Allah Taala dan orang2 yang mereka telah aniaya.... Dan kita semua ambik la iktibar dari peristiwa nii.. Buang semua perkara jahat dalam diri.. sekecil2 perkara jahat, kalau dikumpul dan diamal selalu, akan jadi sebesar2 perbuatan jahat... akibat dari perbuatan jahat (walau sebesar zarah sekalipun) mmg akan jadi buruk... Orang tu pun tinggal dalam kawasan kejiranan saya juga... Bukan tak kenal orang tuu.. Cuma kita doakanlah semoga ahli kelaurga dan kaum keluarga kita dilindungi Allah Taala setiap masa..

    BalasPadam