SHAH ALAM: Tiga maut manakala seorang cedera dalam kemalangan di
Lebuhraya Persekutuan sebelum Plaza Tol Batu Tiga, di sini, kira-kira 5
pagi tadi.
Dalam kejadian itu, Perodua Viva yang dinaiki penuntut Universiti
Teknologi Mara (UiTM) yang kesemuanya berusia 18 tahun itu dipercayai
hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan.
Mangsa masing-masing dua lelaki dan seorang wanita maut di tempat
kejadian manakala penumpang wanita yang cedera di bawa ke Hospital
Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Mayat dihantar ke Rumah
Mayat HTAR untuk diuruskan sebelum diserahkan kepada keluarga
masing-masing untuk pengebumian manakala mangsa yang cedera ditempatkan
di wad untuk rawatan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan