26/06/13

Kemaruk Minyak Pengasih Untuk Si Suami

Soalan;


 ASSALAMUALAIKUM, APAKAH HUKUM JIKA SAYA MENGGUNAKAN MINYAK PENGASIH KEPADA SUAMI? DENGAN NIAT SAYA INGIN MENJAGA RUMAHTANGGA...., INGIN SELALU DIKASIHI SUAMI...., DAN UNTUK ELAKKAN DARI PERGADUHAN. SUAMI SAYA SEORANG YANG CEPAT MARAH (BARAN). KADANGKALA BILA BERBUAL ADA YANG TERSILAP KATA, TERUS MARAH2. KADANGKALA SEHINGGA SELALU MAIN2 DENGAN PERKATAAN CERAI. SAYA TAK MAMPU LALUI SEGALANYA. SAYA JUGA TELAH MENGGUNAKAN MINYAK ANUGERAH SERI DAN SUAMI ISTERI. ALHAMDULILLAH ADA PERUBAHAN. SEGALANYA KERANA ALLAH TAALA. NIAT SAYA SANGAT2 INGINKAN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA DAN INGINKAN PERUBAHAN SUAMI.
HARAP USTAZ DAPAT BANTU MENJAWAP.






Jawapan;

Elakkan dari amalan pengasih kerana ia membawa kepada Syirik. Berubat dengan syirik umpama mengambil dadah yang mana ia menenangkan seketika, tetapi membawa derita selama-lamanya di kemudian hari.

Yakinlah kepada Allah, jangan berputus asa mengharap kepadaNya, jaga solat fardhu, banyakkan solat hajat dan beristighfar, manfaatkan ketika sujud untuk memohon hajat kepada Allah. Penyelesaian dengan minyak pengasih akan membawa kemusnahan di kemudian hari, bayangkan bagaimana jika suami mengetahui? Namun pengelesaian dari Allah akan membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Yakinlah kepada Allah dan jangan berputus asa dari rahmah dan kurniaanNya.

Wallahu a'lam.

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama20.8.13

    klu ade suami yg tau isteri dia buat benda2 syirik mcm ni bg mkn minum benda2 kotor camni dgn alasan utk keharmonian rumah tgga camne plk ek. padahal si suami tak pernah pun terniat nk buat jahat blkg isteri dia. adakah si suami tu jatuh dayus membiarkan isteri dia lakukan camtu.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama8.5.14

    Nasihat kn die..

    BalasPadam