Razak terpaksa ditugaskan keluar kota. Beliau menyewa sebuah banglo usang yang telah lama tidak berpenghuni. Pesan beliau pada isteri dan anak-anak, dalam tempoh seminggu beliau akan pulang mengambil mereka untuk tinggal sekali dengan beliau di banglo tersebut.
Pada suatu malam, malam pertama, Razak terdengar riuh rendah di dapur. Dengan beraninya beliau menjenguk dan alangkah terkejutnya beliau mendapati seekor toyol yang sedang lahapnya menjamu apa sahaja makanan di dapur.
Lantas, beliau membaca ayat-ayat yang pernah beliau pelajari dan dengan tiba-tiba toyol itu terketar-ketar memohon maaf padanya.
Toyol : Maafkan aku..aku lapar.
Razak : Takperrr..aku maafkan tapi dengan syarat.
Toyol : Apa dia? Aku rela penuhi syarat engkau asalkan aku boleh makan.
Razak : Syarat pertama, engkau jangan ganggu anak isteri aku nanti.
Toyol : Alahhhhh… kacang ajer.
Razak : Dan yang kedua..aku memang boleh bagi engkau makan yang sedap-sedap tapi engkau kena bereskan satu tugas..
Toyol : Apa tugasnya?
Razak : (Sambil memusing badannya ke belakang dan mencabut seurat bulu ketiaknya) Nah… aku nak engkau luruskan bulu ini..selagi ianya tak lurus selagi itu engkau tak boleh makan.
Toyol : Alahhhhh… lagi kacangggggg… ..
Sejak malam itu,setiap saat dan ketika si toyol berkenaan menjalankan tugas yang diberikan. Saat berganti jam berganti hari, namun bulu tersebut tak jugak lurus-lurus.. puas si toyol mencuba namun gagal..Sudah hampir 6 hari si toyol tidak makan..dia terlalu lapar. Namun memandangkan takutnya dia pada ‘ayat-ayat’ yang dibaca oleh Razak, beliau tetap tekun.
Pada suatu hari seperti dijanjikan, datanglah isteri dan anak-anak Razak tinggal bersama beliau. Si toyol patuh pada syarat pertama. Sedikit gangguan pun dia tidak lakukan pada isteri dan anak-anak Razak.
Pada suatu pagi, seperti biasa Razak ke tempat kerja. Tinggallah isteri dan anak-anak di rumah. Si toyol begitu leka meluruskan bulu ketiak Razak di hadapan pintu tanpa nampak dilihat oleh mata kasar anak-anak & isteri Razak. Hanya Razak yang mampu melihat kelibat si toyol berkenaan. Sedang asyik si toyol menjalankan tugasnya, tiba-tiba.. gedebokkk!!!! isteri Razak jatuh tersungkur di hadapan si toyol sambil kain yang dipakainya terselak ke atas perut… Alangkah terkejutnya si toyol… .
Toyol : Makkkkkk… mati aku… banyak lagi bulu yang nak kena lurus daaaaaaaaa… ..
Selepas kejadian itu.. larilah si toyol dan tidak datang-datang lagi ke banglo berkenaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan