30/06/13

Memang Sedih!!! Derita Isteri Bernama Shima

Memang Sedih!!! semasa admin berkunjung ke blog rakan-rakan admin terjumpa 1 kisah menarik di blog kisahsedihseorangteman. selepas membacanya memang agak sedih bagaimana shima diseksa sedemikian rupa bertapa kejamnya mertua Shima apa pun anda bacalah kisah ini

Aku mempunyai seorang teman baik yang telah aku kenali selama lebih 15 tahun. Ketika itu aku baru sahaja diterima kerja oleh salah sebuah syarikat telekomunikasi di sekitar Kuala Lumpur. Di tempat kerja baru itulah aku mula mengenali seorang kawan perempuan yang aku kenali dengan nama Shima. Di mata aku, Shima adalah seorang gadis yang cantik serta pandai menjaga penampilan diri.

Di tempat kerja, Shima adalah seorang gadis yang sederhana dan tidak menyombong diri. Aku sangat selesa berkawan dengan Shima. Rasa selesa inilah yang membawa persahabatan kami berlarutan sehingga lebih 15 tahun lamanya. Kami sering berkongsi masalah masing-masing dan sering bertukar pendapat. Persahabatan kami berlanjutan walaupun aku telah bertukar tempat kerja. Walaupun sekarang kami telah mempunyai keluarga masing-masing, tetapi persahabatan kami tetap baik dan sering bertanya khabar.

 Kisah sedih ini bermula ketika Shima mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki yang aku kenali sebagai Nazmi. Walaupun Shima kawan baik aku ketika itu, tetapi aku tidak begitu mengenali Nazmi. Setahu aku, Nazmi bekerja di salah sebuah institusi perbankan ketika itu dan sering mengejar Shima untuk berkawan rapat. Walaupun Nazmi sering dimarahi Shima, namun Nazmi tekad untuk berkawan rapat dan mengambil Shima sebagai isteri. Shima yang ketika itu baru sahaja putus kasih, mengambil keputusan untuk menerima lamaran Nazmi lantaran melihat akan kesungguhan Nazmi ketika itu. Aku juga berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan Shima dan Nazmi. Di majlis itu, aku dapat melihat sinar kebahagiaan terpancar di wajah Shima tatkala bergelar seorang isteri. Aku juga berharap agar suatu hari nanti aku juga merasai sinar kebahagiaan seperti itu.

Shima telah disahkan hamil setahun selepas berkahwin, apatah lagi kandungannya telah disahkan kembar oleh doktor. Aku sebagai sahabat berdoa agar kebahagiaan Shima berganda-ganda seperti kandungannya...hehehe.. Namun, impian Shima untuk mengecapi kebahagiaan selepas berkeluarga seakan musnah gara-gara sikap panas baran Nazmi serta layanan buruk yang diterima oleh keluarga mentuanya. Shima sering menceritakan pada aku bagaimana dia diperlakukan sebagai oang gaji tiap kali dia berkunjung ke rumah mentuanya. Walaupun ketika itu Shima sedang sarat hamil, namun keluarga mentuanya tetap menyuruh Shima melakukan kerja-kerja pembersihan rumah, sedangkan ketika itu adik ipar perempuan Shima sedang bersenang lenang menonton tv. Sebagai sahabat, aku merasa amat sedih dan kasihan dengan nasib yang menimpa Shima.

Namun aku sering menasihati dan memberi kata-kata semangat pada Shima agar dia tidak merasa tertekan akan masalah yang menimpanya. Seringkali Shima menceritakan pada aku bagaimana dia dimaki-hamun oleh Nazmi yang panas baran. Tidak cukup dengan maki-hamun, nasib buruk Shima ditambahkan dengan sepak terajang yang diterima oleh Nazmi. Hampir setiap hari, ada sahaja perkara yang membawa kepada pertengkaran suami isteri itu. Yang amat aku kesalkan setiap kali pertengkaran berlaku, pasti berakhir dengan sepak terajang. Sudah beberapa kali Shima ingin membawa perkara ini ke Jawi, tapi apabila memikirkan nasib anak-anak, Shima rela mendiamkan diri. Adakalanya Shima mengambil tindakan sendiri dengan berjumpa pengamal perubatan tradisional untuk memulihkan rumahtangganya. Lantaran itu, Shima juga mengetahui bahawa keadaan rumahtangganya yang porak peranda adalah kerana angkara terkena ilmu sihir ibu mertuanya. Pada mulanya Shima enggan mempercayai, tetapi apabila sudah beberapa pengamal perubatan traditional berkata perkara yang serupa, akhirnya Shima akur akan kata-kata mereka.

Aku sifatkan ibu mertua Shima seorang yang sejahat-jahat manusia kerana sanggup mengenakan ilmu sihir bukan sahaja terhadap Shima, malah turut mengenakan seluruh keluarganya termasuk anak-anak dan cucu-cucunya semata-mata untuk menyuruh mengikut telunjuknya. Apabila Shima mengetahui hal ini, Shima telah sedaya upaya untuk mengubati dirinya sekeluarga dari terkena ilmu sihir ibu mertuanya. Dalam masa yang juga rumahtangga Shima bergolak dan hampir menuju kehancuran. Tetapi Shima seorang yang tabah dan sabar, rumahtangga yang sering bergelombang itu tetap dipertahankannya demi anak-anak. Setiap hari Shima tetap berdoa agar rumahtangganya kembali pulih seperti sediakala.

Rumahtangga yang dipertahankan selama 11 tahun itu akhirnya runtuh jua. Shima kini menjadi ibu tunggal kepada 4 orang  anak. Walaupun sudah diceraikan, tetapi kehidupan Shima tetap dibelenggu oleh ilmu sihir bekas ibu mertuanya. Bekas ibu mertuanya mahu melihat akan kesusahan Shima setelah bercerai. Tetapi semangat Shima tetap kuat untuk membesarkan 2 orang anak yang berada dalam jagaannya. Shima sering berniaga kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatan. Dalam masa yang sama juga Shima tetap mengubati dirinya dan anak-anaknya dari belenggu ilmu sihir. Aku amat kesian pada anak-anak Shima kerana mereka tertekan akan masalah rumahtangga ibubapa mereka ditambahkan pula dengan kesan ilmu sihir nenek mereka.

Akibat tekanan, anak-anak Shima tidak dapat menumpukan pelajaran. Setelah puas berfikir, Shima dengan rela hati menghantar salah seorang anaknya bernama Ayie belajar di sebuah sekolah pondok yang terletak di luar bandar dengan bantuan keluarga angkatnya. Walaupun sedih, tetapi Shima tidak ada pilihan lain kerana keluarga bekas suaminya sering datang menganggu sehingga pelajaran anak-anaknya merosot. Akibat dari itu, bekas ibu mertuanya menjadi marah dan mengenakan ilmu sihir terhadap Shima dan anaknya Ayie. Shima menjadi lebih tertekan dan hampir putus asa untuk hidup. Hampir setiap hari Shima akan terlihat kelibat nenek tua yang datang menganggunya. Hampir setiap hari juga Shima menangis tak henti-henti mengenangkan nasib dirinya. Shima juga mendapat tahu bahawa anaknya Ayie juga terkena ilmu sihir neneknya sehingga menganggu pelajarannya. Nasib baik keluarga angkat Shima yang menjaga anaknya Ayie membawa Ayie berubat secara traditional. Kini Shima sedang berusaha untuk mengubati dirinya dan anak-anaknya.

Tidak cukup dengan itu, bekas ibu mertuanya mengenakan ilmu sihir keatas ibu kandung Shima pula sehingga ibu kandung Shima mendapat penyakit strok. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah kehidupan Shima sekarang. Aku amat sedih dengan apa yang menimpa Shima. Kadang-kadang aku juga menangis mengenangkan nasib yang dialami oleh teman baik aku itu. Aku seringkali memberi kata-kata semangat pada Shima. Seringkali aku cuba gembirakan Shima dan anak-anaknya dengan membawa mereka bersiar-siar. Sedih hati aku apabila Shima memberitahu bahawa bekas suaminya tidak pernah membawa mereka sekeluarga bersiar-siar. Kini Shima masih lagi dibelenggu oleh ilmu sihir bekas ibu mertuanya dan sedang cuba untuk mengubati. Rasa-rasanya jika aku ada kuasa, mahu sahaja aku hilangkan perempuan sihir itu dari bumi ini.

Kata-kata untuk teman baik aku, Shima....
" Shima, aku tahu kau tabah, sabar dan kuat untuk menghadapi ujian ini. Sememangnya kau seorang yang istimewa kerana diuji dengan ujian yang sehebat ini. Aku sebagai sahabat dan teman baik kau, tetap berdoa agar kau diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat....aminn....."



7 ulasan:

  1. Tanpa Nama30.6.13

    Ya Allah..besar sgt ujian buat shima & keluarganya...Moga dpt perlindungan drpd Allah..amin... Nauzubillah...

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama30.6.13

    Kdg2 Allah mahu kita dekat dgn Nya krn itu diberi ujian yg hebat utk kita berdoa, solat taubat dan tahajjud dan meminta hanya kepadaNya dan bkn kpd yg lain (spt bomoh dsbnya). Kena yakin yg Allah lebih berkuasa dari segalanya. Insha Allah klau x putus berdoa, sihir itu akan musnah dgn sendirinya...

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama30.6.13

    Kisah benar ke ni...
    Kenapa sama dgn kisah hidup saya...dari awal hgga akhir...semya sama...
    :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama14.8.13

      mesti airmata menjadi teman setia kn...
      semua di dunia ni hanya pinjaman...
      andai waktus edang baik dgn anda, maka berbahgialah...kerana ianya tdk kekal...
      dan tatkala waktu duka menghampiri anda, maka nersabarlah, kerna ianya juga tidak kekal...

      sy hya mmpu mngatakn itu, sb sy xmerasa apa yg kalian rasa...
      tp sgt sedih bilamana org yg kita kasih, org yg dulunya syg kita perlakukn kita sedemikian...d tambah pulak dgn layanan mentua yg bgitu...minta dijauhkn...

      bersabarlah... in shaa Allah, akn bahagia d akhirnya...
      akhir kalam.

      Padam
    2. Tanpa Nama14.8.13

      Saya turut sedih atas ujian yg sungguh berat ini..

      Padam
  4. Tanpa Nama12.7.13

    Kenapa tidak berjumpa ustad utk mengubat sihir tu....emmm

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama13.8.13

    Kisah benar ke ni

    BalasPadam