25/06/13

Pelajar Sekolah Ketagih E-Rokok


GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan melaksanakan pengharaman segera terhadap penjualan rokok elektronik atau e-rokok yang semakin popular dalam kalangan belia khususnya pelajar.

Ini berikutan kajian dijalankan CAP di sebuah pusat beli- belah di sini yang mendapati, lebih 10 buah premis jualan rokok elektronik beroperasi dengan sebahagian besar peniaga terdiri daripada remaja wanita.


Presiden CAP, S.M Mohamed Idris, berkata, penjualan e-rokok semakin meningkat di negeri ini dan ramai pelajar sekolah menengah didapati menghisapnya.

Menurut beliau, perkara itu didedahkan sendiri oleh guru di sebuah sekolah apabila menahan lebih 60 pelajar yang didapati menghisap e-rokok pelbagai perisa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan