Saya dan isteri baru mendirikan rumah tangga. Seperti kebiasaan, kami melalui malam pertama seperti pengantin lain.
Apabila pecah dara, saya memahami apa yang berlaku tetapi selepas 24
jam hubungan kami, darah masih keluar dari kemaluan isteri sehingga dua,
tiga hari kemudian.
Saya mula risau sama ada keadaan ini normal atau petanda kanser serviks. Harap doktor dapat memberi penerangan.
Suami yang risau,
Petaling Jaya, Selangor.
Mungkin luka koyakan selaput dara yang dialami isteri anda belum
sembuh sepenuhnya. Mungkin juga isteri anda mengalami kecederaan atau
luka pada bahagian lain faraj, ia pernah berlaku dalam kalangan wanita
tetapi agak jarang.
Kanser serviks yang menunjukkan pendarahan selepas hubungan seks
lazimnya kanser pada permukaan luar serviks. Bagi kanser jenis ini, ia
tidak membabitkan wanita yang belum pernah mengalami hubungan seks
penetratif seperti isteri anda.
Bagaimanapun, eloklah anda membawa isteri anda berjumpa doktor untuk
memastikan luka terbabit bukanlah seperti luka berbentuk torehan pada
dinding faraj kerana ia perlu dijahit bagi menghentikan pendarahan dan
mengelakkan jangkitan kuman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan