---->Ambil
9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus.
Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari
pertama datang haid.
--->Ambil
bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian
perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa
lega sendiri.
--->Ambil
segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air
suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan
selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.
--->Minum
rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
--->Campurkan
halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama
banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid
.
--->Semasa
sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa
gula.Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi.
Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku. Rasanya memang
kurang enak tetapi pasti akan berhasil.
--->Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.
--->Buah
petola boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda perlu memakan
sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.
--->Amalkan
memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan
ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan
malam, seminggu sebelum kedatangan haid.
--->Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan.
--->Ambil
sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun
sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu
tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan
menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum
sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum
ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.
--->Tumbuk
secekak daun cili padi, dan 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan
dengan 2 sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3
kali sehari selama 4 hari.
--->Lenyek
nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau
garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan
semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama
4 malam.
--->Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan