17/07/13

Anjur Konsert Mini Gelek Tarik Pelanggan Islam


 gambar hiasan

Tolong hormati bulan mulia jikalau bukan beragama islam....ni boleh menarik minat orang islam dengan bunyian yang kuat serta boleh mengganggu ketika menunaikan waktu solat sunat

Shah Alam: Kemuliaan Ramadan dicemari dengan tindakan pihak tertentu yang menganjurkan konsert mini ‘menghidangkan’ artis wanita genit berpakaian seksi di kawasan berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 31, di sini, malam kelmarin.

Amat mengecewakan apabila penganjur langsung tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam kerana konsert mini itu diadakan ketika penduduk Islam pangsapuri berkenaan menunaikan solat Tarawih di surau yang terletak hanya 150 meter dari situ.

Bunyi muzik kuat diselangi nyanyian dan gelekan artis wanita berpakaian seksi secara terbuka mengundang rasa tidak senang penduduk Islam di pangsapuri itu.

Walaupun konsert mini itu dihadiri 100 penonton bukan Islam, tetapi ada warga Bangladesh yang mengambil kesempatan melihat aksi seksi penyanyi wanita terbabit, selain turut menarik perhatian pengguna jalan raya yang jaraknya kira-kira 20 meter dari pentas.


GELAGAT dua artis wanita berpakaian seksi pada mini konsert terbabit.


Penduduk, Narimah Johari, 45, berkata, penganjur mini konsert itu tidak mengambil kira sensitiviti penduduk Islam di situ kerana menganjurkannya pada malam Ramadan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan