15/07/13
Bekas Peserta PLKN Maut Ditembak Penjenayah
Bekas Peserta PKLN Bangsa India Maut Apabila Ditembak Oleh 2 Orang Yang Tidak Dikenalinya....Jom ikutinya dibawah....
Butterworth: “Dia Ravindran) baru tamat menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan akan mendaftar di sebuah kolej minggu hadapan, tetapi hasratnya melanjutkan pelajaran tidak kesampaian,” kata N Suppiah, kenalan rapat bapa M Ravindran, 19, yang maut ditembak dua suspek tidak dikenali.
Suppiah, 54, berkata, ketika kejadian jam 10 malam kelmarin, dia berada di rumah lelaki itu di Kampung Ujong Batu kerana datang bertemu bapa mangsa yang dikenali sebagai Marimuthu.
“Ketika kejadian saya sedang berbual dengan bapa mendiang di rumahnya kira-kira 600 meter dari tempat kejadian sebelum dimaklumkan penduduk kampung Ravindran ditembak,” katanya yang berasal dari Jelutong.
Menurutnya, dia bersama keluarga mendiang bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati Ravindran sudah dikejarkan ke hospital.
ANGGOTA unit forensik melakukan siasatan terhadap kenderaan yang terkena tembakan.
Katanya, dia kemudian menuju ke kereta Proton Wira miliknya di parkir tidak jauh dari tempat kejadian dan terkejut apabila mendapati kenderaannya turut mempunyai kesan tembakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan