22/07/13

Gambar Lelaki Mempunyai Kulit Yang Luar Biasa

Memang Pelik!!! lelaki yang bernama Gary Turner mempunyai kulit yang luar biasa.Menurut sumber lelaki yang berusia 41 tahun ini menghidapi sejenis Sindrom Ehlers-Danlos (EDS) iaitu gangguan genetik luar biasa yang menyebabkan sel-sel pada kulitnya lemah dimana kulitnya tidak menegang seperti manusia normal.

kesan daripada penyakit ini menyebabkan mengalami gangguan pada otot sendi dan saluran darah.

Kulit Gary Turner sangat longgar dan boleh diregangkan seperti getah yang ditarik sehingga mampu menukar bahagian perutnya menjadi tempat takungan 1.4 liter air. Namun sindrom itu langsung tidak melemahkan Gary Turner sebaliknya dia mengubah penyakitnya itu menjadi kerjaya yang menarik perhatian orang ramai sekitar London, Britain.

Turner yang menyedari penyakitnya itu sejak berumur 10 tahun berkata, kulitnya begitu nipis dan dua kali ganda nipis berbanding ketebalan kulit manusia normal. Oh! Dan untuk info, sindrom ini hanya berlaku kepada satu dalam 10,000 individu seluruh dunia.







1 ulasan:

  1. Tanpa Nama25.8.13

    wow....ianya amat pelik.......tapi,tak hairan laaa....ciptaan tuhan...:)

    BalasPadam