MODESTO:
Bekas guru di California yang menjadi berita muka depan akhbar ketika
dia meletakkan jawatan untuk tinggal bersama pelajarnya yang berusia 18
tahun ditahan semalam kerana disyaki melakukan penderaan seksual
terhadap seorang pelajar lain lebih 10 tahun lalu, kata
polis.Christopher James Hooker, 41, ditahan untuk siasatan kerana
disyaki melakukan hubungan seks oral bersama pelajar bawah umur. Polis
berkata, kejadian itu berlaku ekoran hubungannya dengan seorang pelajar
berusia 17 tahun pada 1998 di Sekolah Tinggi Davis di Modesto, tempat
dia pernah mengajar.
Hooker
muncul di mahkamah semalam dan hakim menetapkan ikat jamin AS$50,000
(RM150,000) serta pelantikan peguam bela awam untuknya, lapor akhbar
Modesto Bee. Dia meminta jumlah ikat jamin dikurangkan dan hakim
menetapkan perbicaraan Selasa ini bagi memutuskan perkara itu.Polis
berkata, siasatan bermula selepas Hooker mengumumkan hubungannya bersama
Jordan Powers Februari lalu yang menjadi muridnya di Sekolah Tinggi
Enochs di Modesto.
Muncul dalam pelbagai rancangan bual bicara televisyen nasional di AS,
Hooker bersama Jordan mengekalkan hubungan tanpa seks hingga pelajar itu
berusia genap 18 tahun, tetapi polis menyiasat sama ada berlaku
hubungan tidak wajar sebelum itu. Dalam wawancara untuk rancangan Dr
Phil dan Selamat Pagi Amerika, ABC pasangan itu dilihat berpimpin tangan
dan saling bertukar senyuman. Pasangan itu mendakwa ketika mereka
bertemu kali pertama iaitu ketika Jordan berusia 14 tahun, hubungan
mereka tidak membabitkan sentuhan fizikal hingga pelajar itu cukup umur.
Mengikut undang-undang California pelajar perlu mencecah usia 18 tahun
untuk menjalin hubungan dengan orang dewasa. Ibu Jordan, Tammie yang
bersemuka dengan pasangan itu dalam rancangan Dr Phil menuduh Hooker
mempengaruhi anak perempuannya.
Ekoran hubungan pasangan itu, anggota Kongres dari Modesto, Kristin
Olsen mengusulkan undang-undang supaya melarang hubungan pelajar-guru
walaupun pelajar sudah mencapai usia 18 tahun dan membatalkan skim
saraan serta perubatan guru terbabit jika mereka disabitkan
bersalah.Menurutnya tindakan itu dapat menghalang guru menjalin hubungan
dengan pelajar mereka sendiri walaupun pelajar mencecah usia dewasa. -
SD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan