8/07/13

Keluar Darah Berpanjangan Selepas Malam Pertama

Info Perkahwinan|Selamat datang ke memang gempak.Terima kasih diatas kunjungan anda disini.Perkongsian kali ini mengenai kerisauan seorang suami apabila isteri tercintanya mengalami pendarahan berterusan selama 3 hari selepas malam pertama ikuti kisahnya

Saya dan isteri baru mendirikan rumah tangga. Seperti kebiasaan, kami melalui malam pertama seperti pengantin lain.Apabila pecah dara, saya memahami apa yang berlaku tetapi selepas 24 jam hubungan kami, darah masih keluar dari kemaluan isteri sehingga dua, tiga hari kemudian.

Saya mula risau sama ada keadaan ini normal atau petanda kanser serviks. Harap doktor dapat memberi penerangan.


Suami yang risau,
Petaling Jaya, Selangor.


Mungkin luka koyakan selaput dara yang dialami isteri anda belum sembuh sepenuhnya. Mungkin juga isteri anda mengalami kecederaan atau luka pada bahagian lain faraj, ia pernah berlaku dalam kalangan wanita tetapi agak jarang.


Kanser serviks yang menunjukkan pendarahan selepas hubungan seks lazimnya kanser pada permukaan luar serviks. Bagi kanser jenis ini, ia tidak membabitkan wanita yang belum pernah mengalami hubungan seks penetratif seperti isteri anda.


Bagaimanapun, eloklah anda membawa isteri anda berjumpa doktor untuk memastikan luka terbabit bukanlah seperti luka berbentuk torehan pada dinding faraj kerana ia perlu dijahit bagi menghentikan pendarahan dan mengelakkan jangkitan kuman.

1 ulasan:

  1. Orang indon xhabis habis lucah... x tahu malu hantar dalam ruangan komen penuh lucah... ingat ni tempat sex ke ape..

    BalasPadam