17/07/13
“Letaklah berapa tinggi nilainya, anak saya tetap anak saya.
Walaupun susah mana pun seorang ibu tak sanggup nak bagi anak pada orang lain tetapi anak yang hidup lagi senang serta mewah tak nak jaga ibubapa malah sanggup hantar rumah orang tua...itulah pengorbanan seorang ibu pada anaknya..
Kuala Lumpur: Anak saya bukan untuk dijual! Biar kami hidup susah dan merempat, asalkan kami bertiga dapat bersama,” kata Maya, 23, yang selamat melahirkan bayi lelaki Isnin lalu.
Maya sebelum ini sarat mengandung dan suaminya ditemui wartawan Metro Ahad ketika menjadikan jejambat Jalan Kinabalu bersebelahan Sungai Klang sebagai tempat berteduh bertekad tidak mahu ‘menjual’ anak mereka yang baru dilahirkan Isnin lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut Maya, sejak kisahnya dilaporkan akhbar ini Ahad lalu, dia tidak henti-henti didatangi individu yang menawarkan diri untuk mengambil anaknya sebagai anak angkat. Malah, ada beberapa individu yang datang menawarkan wang RM8,000 hingga RM10,000 semata-mata untuk mendapatkan anaknya.
“Letaklah berapa tinggi nilainya, anak saya tetap anak saya. Dia bukan untuk dijual. Dialah satu-satunya harta kami. Biarlah kami susah sekalipun, kami akan tetap menjaganya dan tidak akan sesekali memberinya kepada orang lain.
ZAKI dan Maya bersama bayi mereka.
“Selama ini kami tidak berduit dan tidak berharta, malah hidup merempat tetapi kami masih boleh hidup hingga kini. Kenapa bila sudah beranak, kami tidak boleh meneruskan kehidupan?
wow ! sanggup kerana kebahagiaan hakiki. bukan kerana hanya duit semata-2. susa nak jumpa orang cam ni
BalasPadam