2/07/13
Pemandu Bas Gilis Kepala Warga Emas
Sudah Ajal Pergi Kemana Pun Tetap Ada...Cuma Berbeza Tempat Dan Keadaan Jer..Selamat Membaca Wahai Pengikut Setia Blog Ini....
SEREMBAN - Seorang lelaki warga emas maut selepas digilis sebuah bas penumpang dalam kemalangan di Jalan Sungai Ujong berhadapan Hospital Pakar Seremban (KPJ) di sini hari ini.
Jurucakap polis berkata mangsa, Khoo Eng Koi @ Chiou Yeong Chi, 79, sedang menunggang sebuah motosikal dari arah Seremban 2 menuju ke Seremban apabila kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi.
Seorang lelaki warga emas maut akibat kepalanya pecah selepas digilis sebuah bas dalam satu kemalangan di Jalan Sungai Ujong, Seremban hari ini
Katanya siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan terjatuh di atas jalan sebelum sebuah bas yang berada di belakang mangsa tidak sempat mengelak lalu menggilis kepala lelaki itu sehingga pecah.
"Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya. Pemandu bas yang menggilis mangsa sudah membuat laporan polis dan dia dibebaskan selepas keterangannya diambil," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban di sini untuk bedah siasat.
Katanya buat masa ini polis sedang menyiasat sama ada mangsa terbabas akibat dilanggar atau bergesel dengan kenderaan lain dan meminta saksi kejadian tampil membuat laporan di balai polis berdekatan. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan