Selamat Datang Ke blog memang gempaq.Tangisan bayi di rumah mangsa rompakan di Serpong, Tengerang Selatan sebulan yang lalu, ternyata berupaya melembutkan hati seorang daripada perompak itu, yang bertindak menyediakan susu dan menimang bayi itu sehingga dia tertidur kembali.
Kisah ini diceritakan sendiri oleh suspek perompak itu kepada wartawan tempatan pada satu pertemuan yang diaturkan Polis Metro Jaya ibu pejabat kontinjen Jakarta di sini pada Isnin (22 Julai).
Suspek berinisial KM itu mengaku berasa kasihan dan hiba mendengar tangisan bayi itu kerana dia sendiri mempunyai anak dan sesuai dengan pengalamannya menguruskan bayi, dia bertindak membuat susu bagi menenangkan bayi yang sedang menangis itu, lapor portal berita Tribunnews.com.
Dalam kejadian rompakan pada 22 Jun itu kira-kira jam 1 pagi, sekumpulan perompak memasuki sebuah rumah di Serpong dan mengikat tangan dan kaki sepasang suami isteri yang menghuni rumah itu, namun perbuatan mereka itu menyebabkan bayi pasangan berkenaan yang berusia empat bulan terbangun dan terus menangis.
Ketika rakan-rakannya yang lain panik mendengar tangisan bayi itu, KM sebaliknya berusaha menenangkannya."Saya cuba membuatnya tenang dan tidur kembali. Tapi, saya tahu pada masa itu bayi itu haus," kata KM.
KM kemudian bertanya kepada ibu bayi itu cara menenangkannya dan diberitahu bahawa dia akan terus menangis kalau tidak diberikan susu.Dalam keadaan tangan dan kakinya terikat, ibu bayi itu memberi arahan kepada KM bagaimana menyediakan susu untuk anaknya itu.
"Kata ibunya, sukatannya dua sekop, lalu dicampur dengan air panas dan air dingin. Saya hanya mengikuti saja," katanya.Setelah susu siap, KM menyuapkan susu sambil menimang bayi itu.
"Saya timang-timang sambil saya beri susu. Lama-lama bayinya tidur. Setelah tidur, saya letakkan kembali bayi itu di tilam. Sebelah kanan dan kirinya saya letakkan bantal peluk, supaya tidak jatuh," katanya.
KM berkata mereka tidak berniat mencederakan mangsa-mangsa mereka."Kami juga masih ada rasa kasihan. Jadi mangsa tidak kami cederakan, cuma kami ikat. Sebab, sasaran kami adalah harta mereka," katanya.
Setelah itu suspek dengan bebasnya mengambil barangan berharga milik mangsa termasuk sebuah komputer riba dan sebuah i-Pad dari meja depan, sebuah telefon pintar BlackBerry di bilik, Samsung Galaxy Note, iPhone, wang Rp3 juta dan kad ATM mangsa serta barangan kemas selain sejumlah wang dolar Singapura dan Australia serta Ringgit Malaysia.
"Setelah itu kami melarikan diri dengan cara panjat tembok lagi. Lalu, jalan kaki sampai persimpangan empat dan naik kenderaan angkutan kota, terus ke Bekasi naik teksi," kata KM. - Bernama
kan bgs kalau smua perompak mcm ni
BalasPadamJenayah tetap jenayah.. tiada kompromi.. banyak lg kerja2 yg tdk melanggar undang2..
BalasPadamjenayah mmg jenayah..tp tetapi yang ni its better than jenayah yang bunuh org..
BalasPadam