15/07/13

Rumah D.J Radio Kena Rompak



Sudah tiada rezeki bagi d.j ni apabila rumah dirompak habis barangan banyak hilang....redha lah sudah tertulis .....jom ikutinya dibawah


Petaling Jaya: Seorang juruhebah sebuah stesen radio swasta kerugian hampir RM10,000 rumahnya di Damansara, di sini, dipecah masuk ketika beliau ke luar negara.

Sumber berkata, lelaki berusia 30-an terbabit hanya menyedari kejadian itu kira-kira jam 10.30 malam Jumaat lalu sebaik pulang ke rumah selepas menyertai lawatan sambil belajar di Taiwan selama sembilan hari.


“Sebaik masuk ke rumahnya, mangsa menyedari keadaan rumahnya seperti ada perubahan, namun tidak mengesyaki sehingga membuat pemeriksaan.

“Beliau mendapati kunci kereta mewah miliknya hilang disyaki dilarikan. Selepas itu mangsa masuk ke bilik dan mendapati biliknya berselerak,” katanya.


Katanya, mangsa mendapati wang, dua komputer riba dan dokumen peribadi isteri turut hilang





1 ulasan:

  1. Tanpa Nama16.7.13

    rumah siapa weh...mahal gak erk gaji dj radio neh

    BalasPadam