10/07/13

Suamiku Maut Sewaktu Hantar Makanan Pada Anak

Suamiku Pergi Tanpa Diduga Inilah Ajal Maut Sudah Ditentukan OlehNYA.....Sedih Tetapi Ku Sekeluarga Terima Redha...


Sabak Bernam: “Biasanya arwah suami pergi ke kebun bersama saya. Namun pagi semalam (kelmarin), dia bersendirian untuk menghantar sarapan kepada anak lelaki kami yang menunggu peraih membeli kelapa sawit di kebun.

“Saya tak fikir itu petanda dia akan pergi meninggalkan kami sekeluarga. Saya hanya mengetahui arwah terbabit kemalangan selepas anggota polis datang ke rumah memaklumkan kejadian itu,” kata Kamaliah Ramli, 67, isteri Zaini Taman, 67, yang maut selepas dirempuh kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an, kelmarin.



Dalam kejadian 8 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda dirempuh sebuah kereta di Kilometer 41 Jalan Teluk Intan-Klang.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala dan beberapa bahagian badan. Jenazah Allahyarham Zaini dituntut keluarganya selepas bedah siasat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit 1, Sungai Besar, hari sama.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa yang menunggang motosikal ingin masuk ke simpang untuk pulang ke rumahnya sebelum dirempuh sebuah kereta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan