Memang Kejam!!! jenayah s3ksual semakin mengila diserata dunia tanpa melihat faktor umur mereka sanggup dijadikan pemuas nafsu bagi lelaki yang zalim berikut adalah kisah yang dikongsikan
Kaherah: Seorang wartawan menjadi mangsa rogol beramai-ramai ketika rakyat Mesir turun ke jalan raya pada malam yang turut menyaksikan 44 serangan ganas lain ke atas wanita.
Lima lelaki dilaporkan menyerang wartawan kelahiran Belanda itu menyebabkan mangsa “cedera parah” dan perlu dibedah untuk menyelamatkannya. Laporan lain menyatakan, selain wartawan berusia 22 tahun itu, seorang nenek dan kanak-kanak berusia tujuh tahun turut menjadi mangsa serangan seksual.
Seorang saksi kejadian berkata, mangsa dipercayai wartawan pelatih dan diserang ketika merakamkan gambar penunjuk perasaan di Kaherah. Pengarang Timur Tengah BBC, Jeremy Bowen berkata: “Sedih melihat suasana revolusi di Dataran Tahrir kehilangan adab, manakala serangan seksual menjadi lazim.
“Tiada polis kelihatan di situ.” Berjuta-juta orang kini turun ke jalan raya di sekitar Dataran Tahrir untuk mendesak Presiden Mohamed Mursi berundur. Aktivis dari kumpulan Operasi Antiserangan Seksual merekodkan 44 kes insiden berlaku pada malam kelmarin saja. Pertubuhan itu turut menggesa wanita menjauhi Dataran Tahrir sehingga keadaan kembali terkawal. - Agensi
perkara sebegini memang tidak dapat d tangani dengan mudah.....perlu campurtangan dari kuasa besar dan pengaman dunia.
BalasPadam