28/08/13

Kanak-Kanak 5 Tahun Jadi Mangsa K.e.r.a.k.u.s.a.n Abang Saudara

gambar hiasan
KUALA LUMPUR Akibat sering menonton video lucah, seorang remaja lelaki tergamak melampiaskan nafsu terhadap anak saudaranya yang baru berusia lima tahun di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung baru-baru ini.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang Khamis lalu berlaku di bilik remaja berusia 15 tahun itu ketika keluarganya tiada di rumah.

Bagaimanapun perbuatan terkutuk remaja berkenaan terbongkar selepas kanak-kanak perempuan itu mengadu kepada ibunya mengalami kesakitan di bahagian kemaluan semasa membuang air kecil.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kanak-kanak tersebut memberitahu perkara sebenar selepas disoal ibunya semalam yang hairan dengan kesakitan dialami mangsa.

"Susulan itu, ibu mangsa terus membuat laporan polis terhadap adiknya itu yang bertindak merogol kanak-kanak berkenaan."Siasatan awal polis mendapati suspek ketagihan menonton aksi-aksi seks di telefon bimbit dan sering memuaskan nafsunya sendiri dua kali sehari," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan