27/08/13

Kereta Pacuan 4 Roda Dicuri Terhumban Dalam Empangan

PADANG BESAR: Dua lelaki dicekup bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dicuri mereka selepas terperangkap apabila kenderaan dipandu mereka itu terhumban ke dalam Empangan Timah Tasoh, di sini, semalam.

Difahamkan, mereka yang masing-masing berusia 31 dan 28 tahun tersalah jalan ketika cuba menyeludup keluar kenderaan itu dan memandu terus ke dalam empangan berkenaan ketika melalui jalan mati yang terletak di dalam kawasan kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Timah Tasoh di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan