Charlotte Amalie: Satu perbuatan pelik menjilat bebola mata bergelar
‘oculolinctus atau worming’, mempunyai beberapa penyokong termasuk
Elektrika Energias, pelajar sains alam sekitar berusia 29 tahun di
Kepulauan Virgin AS.
“Teman lelaki saya mula menjilat biji mata saya beberapa tahun lalu
dan saya sukakannya. Saya tidak lagi bersamanya, tetapi saya masih suka
orang lelaki menjilat bebola mata saya,” katanya kepada he Huffington
Post. “Saya sukakannya kerana ia mengasyikkan seperti menghisap ibu
jari kaki.” Menurutnya, perbuatan itu menaikkan syahwat.
“Tetapi,
saya tidak meminta sesiapa saja melakukannya. Lelaki yang saya suka dan
dia tidak fikir perbuatan itu pelik. Setakat ini, belum ada yang
menolak,” katanya.Menjilat bebola mata sudah diamalkan sejak pertengahan 2000 dan pencarian mudah di YouTube memaparkan ratusan video mengenainya.
Bagaimanapun,
pakar mata bimbang amalan bahaya itu semakin popular di kalangan remaja
khususnya selepas laporan berita mengatakan murid sekolah rendah di
Jepun cuba melakukannya hingga menyebabkan kes sakit mata merah atau
dikenali sebagai ‘conjunctivitis’ berlaku.
Dalam satu bilik
darjah murid berusia 12 tahun, satu pertiga mengakui melakukan
‘worming’. Pihak berkuasa hanya menyedari sesuatu berlaku apabila
beberapa murid yang dijilat matanya datang ke sekolah keesokan harinya
memakai pelekat mata, lapor ShanghaiList.com. - Daily Mail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan