Memang Tak Guna!!!!
itulah yang boleh dikatakan apabila lelaki yang bergelar suami orang
sanggup menjadikan anak saudaranya sebagai tempat pemuas nafsu.Alasan
isteri tiada dara memang alasan yang bodoh ikuti info penuh
Asuruan:
Polis semalam menangkap seorang lelaki yang memperkosa anak saudara
isterinya berulang kali sejak empat tahun lalu.Ketika disoalsiasat
mengenai tindakannya itu, buruh ladang berkenaan berkata, dia bertindak
demikian sebagai membalas dendam terhadap isterinya yang sudah tidak
mempunyai dara apabila mereka berkahwin.
“Saya dendam keluarga
isteri saya kerana dia bukan lagi perawan ketika saya mengahwininya,”
kata seorang anggota polis memetik kata-kata lelaki terbabit. Menurut
polis, kedua-dua mangsa berusia 14 dan 17 tahun ketika mula diperkosa.
Selain
mengancam membunuh kedua-dua mangsa jika mereka mendedahkan
perbuatannya, lelaki itu juga mengugut akan menyebarkan video
pemerkosaannya ke atas mereka yang dirakam menerusi telefon
bimbitnya.Jurucakap polis Pasuruan AKP Supriyono Kamis berkata, lelaki
itu memperkosa mangsa pada siang hari ketika ibu bapa mereka keluar
bekerja.
Perbuatannya hanya terbongkar selepas mangsa memberitahu
ibu bapa mereka mengenainya minggu lalu.Menurut Supriyono, tertuduh
berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun jika sabit kesalahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan