23/09/13

Guru Disiplin Kantoi Gila Seekkss

Memang Kurang Ajar!!!! Seorang pelajar lelaki 13 tahun dari sebuah sekolah di Sentul medakwa bahawa dia telah dicabuli oleh guru disiplinnya selama satu tahun. Selain menjadi seorang guru displin, pelajar itu juga didakwa mempunyai hubungan rapat dengan pelajar itu.

Kejadian terbaru berlaku Jumaat lepas apabila pelajar itu dipanggil oleh guru berkenaan supaya membantunya. Pelajar itu lari ke balai polis berhampiran untuk membuat aduan. Jadi ini salah cikgu yang miang atau anak murid yang terlampau rapat dengan guru?



Guru disiplin itu juga sering menggangu seorang guru wanita di sekolah terbabit dan melakukan ganguan seksual. Setelah kejadian itu tersebar, guru wanita tersebut pun membongkarkan rahsia dengan menunjukkan SMS guru disiplin gila seks tersebut. 











berikut petikan akhbar


 Kuala Lumpur: “Saya memang macam itu. Jenis miang sikit. Saya faham semua orang tak selesa. Saya memang ada satu tabiat tak senonoh macam itu. Patut awak sound (beri amaran) masa kali pertama saya buat.”

    Itulah SMS pengakuan seorang guru disiplin kepada wanita yang juga rakan sejawat di sebuah sekolah di ibu negara selepas tembelangnya yang sering melakukan gangguan seksual terbongkar.

    Akibatnya, guru wanita itu menghadapi tekanan perasaan selepas kerap diganggu termasuk tangannya dipegang serta betisnya diraba beberapa kali sejak Februari lalu.

    Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Anis, 27, berkata, dia mula ‘diusik’ guru berusia awal 30-an itu sejak berpindah ke sekolah berkenaan awal tahun lalu dan tidak menyangka diperlakukan sebegitu tanpa segan silu biarpun di depan murid.

    Namun, penderitaan Anis berakhir apabila guru lelaki itu ditahan pihak berkuasa Isnin lalu berikutan laporan polis dibuat seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun mendakwa dicabul guru itu.



sumber:akustressgiler.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan