11/09/13

Pembantu Rumah Campur Clorox Dalam Botol Susu Bayi

Memang gila!!! namun itulah risikonya jika mengambil pembantu rumah.Kesibukan kita bekerja memberi pelung kepada mereka untuk melakukan sesuatu kejahatan pada keluarga yang tercinta.Kepada mereka yang mengambil pembantu rumah sila berhati-hati

Polis Arab Saudi menahan seorang pembantu rumah warga Habsyah kerana didakwa meletakkan cecair peluntur Clorox dalam botol susu bayi majikannya.

Akhbar melaporkan bayi berusia 18 bulan itu segera dibawa ke hospital di wilayah tengah Al Qaseem selepas meminum susu. Bapa bayi terbabit menemui kesan cecair peluntur itu dalam botol susu anaknya sebelum diserahkan kepada polis.

Polis masih menunggu keputusan ujian forensik sebelum merujuk pembantu rumah berkenaan ke mahkamah. - paapaada2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan