Salam sejahtera dan salam perkenalan terima kasih diatas kunjungan anda ke blog memang gempaq.Kali ini Admin ingin kongsikan petua untuk kaum ibu yang baru sahaja lepas bersalin iaitu cara untuk memperolehi susu badan yang banyak.Info ini sangat berguna kepada mereka yang telah berkahwin atau bakal berkahwin.Ikuti panduan dibawah
a. Berurut (dengan bidan).
b. Banyakkan minum air/jus buah-buahan.
c. Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.
d. Pengambilan lebih makanan berprotein penting untuk penghasilan susu ibu.
e. Makan nasi panas bersama halia muda (yang ditumbuk halus) dan dicampurkan dengan air asam.
f. Minum air asam jawa yang direbus dengan gula merah bersama dengan 3 keping asam keping.
g. Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan itu 2 hingga 3 kali sehari.
h. Ambil sebatang lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2 kali sehari.
i. Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layurkan/salai pada api sehingga layu. Ketepikan sebentar. Setelah agak suam, tekapkan daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.
j. Sayur-sayuran yang dapat membanyakkan susu ibu:
• Brokoli
• Lobak Merah
• Lobak Putih
• Seleri
• Kobis
• Sawi Putih
• Peria
• Ulam Pegaga
• Ulam Jantung Pisang (yang telah direbus)
k. Untuk Air Susu Ibu Lancar - Makan kulup daun betik setiap hari.
sumber:ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
Info yang menarik. susu ibu adalah susu yang terbaik dan tiada tandingannya. Susu yang baik selepas susu ibu adalah susu kambing. Berikan hak anak anda yang patut anda berikan. Alhamdulillah saya sendiri masih menyusukan anak saya setahun 6 bulan. Doakan yang terbaik untuk perjalanan penyusuan saya. Amin
BalasPadam