Saya
menerima pelbagai keluhan daripada pesakit mengenai pasangan mereka.
Antara soalan yang sering diajukan ialah “adakah normal bagi suami tidak
mengadakan hubungan seks dengan pasangan bagi tempoh yang lama
sedangkan mereka baru berkahwin?”
Soalan ini sebenarnya agak
sukar untuk saya jawab bagi pihak suami yang dipertikaikan. Bagi saya,
hubungan seks satu keseronokan yang tiada bandingan jika dilakukan dalam
ikatan perkahwinan.Jika begitu, hubungan seks pasangan yang berkahwin
sepatutnya benar-benar menyeronokkan dan tentu mereka tidak melepaskan
peluang bersanggama tidak kira siang atau malam!
Begitupun,
perkara ini tidak berlaku pada sejumlah pasangan, sama ada suami kurang
minat atau isteri sengaja mengelak persetubuhan. Lelaki yang pernah
menceburi dunia fantasi seksual dan menghayati keseronokan seksual
secara bersendirian akan sukar menikmati keseronokan itu bersama
pasangan.Ini kerana keseronokan yang dihayati selama ini datangnya
daripada imaginasi mereka saja dan mengikut ragam serta perasaan
kendiri, sedangkan kini mereka kena mengikut ragam pasangan
masing-masing.
Lagipun, cengkaman tangan yang dilakukan terhadap
anggota sulit sebenarnya lebih padat dan mendapat sentuhan, sedangkan
cengkaman faraj pasangannya lembut dan tidak memberi tekanan diperlukan
kepada anggota kelamin untuk mencapai klimaks.Pendek kata, lelaki
menjadi tidak seronok! Jadi mereka malas untuk melakukan persetubuhan.
Perkara sama juga boleh dialami sesetengah isteri yang turut
berjinak-jinak dengan amalan onani.
Jadi suami sukar memberi
kepuasan kerana cara dilakukan isteri untuk memuaskan diri tidak dapat
diberikan anggota kelamin suami. Kesudahannya, si isteri mengelak
persetubuhan kecuali dalam keadaan terdesak seperti mahukan anak. Jadi
amalan onani serius dan sukar dibendung jika terikat dengannya.
Saya
pernah diberitahu seorang suami bahawa dia tidak berminat bersetubuh
dengan isteri kerana farajnya berbau atau berair dan tidak
mencengkam.Ada juga suami yang mengatakan bahawa si isteri enggan
mencuba posisi lain, sedangkan semua posisi yang suami ingin cuba tidak
dilarang agama.
Ada juga suami yang hilang minat terhadap isteri
kerana perubahan bentuk badannya iaitu gemuk dan tidak menghangatkan
perasaan. Dalam keadaan tidak teruja, sukar mengadakan persetubuhan.Ada
isteri pula memberitahu, mereka kurang berminat kerana suami cepat
klimaks atau ereksi tidak cukup keras dan keadaan itu menyakitkan.
Ada
juga yang menyatakan ereksi suami tidak cukup padat untuk melakukan
pelbagai posisi, oleh itu hubungan kelamin menjadi hambar kerana asyik
melakukan satu posisi. Ada juga menyatakan suami berperut buncit
manakala ereksinya terbenam.
Suami dan isteri perlu membaca
catatan ini dan maklum bahawa hubungan seksual sebenarnya tanggungjawab
dan tidak boleh diabaikan. Suami perlu memastikan isteri mendapat nikmat
seksual yang secukupnya dan jika ada masalah dalam hal sebegini, rujuk
kepada doktor atau pakar untuk rawatan.
Isteri pula perlu menjaga
tubuh badan dalam usaha memberi kepuasan diidamkan suami. Menurut
pandangan Islam, ini sedekah dan pahalanya sangat besar. Jadi, lakukan
tanggungjawab anda bersama pasangan. Jika ada yang tidak kena, maklumkan
pada pasangan dan cari penyelesaian sebaiknya demi kebahagiaan rumah
tangga.
sumber hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan