LONDON – “Saya tidak malu sebaliknya bangga kerana anak perempuan saya yang berusia 12 tahun telah beranak,’’ itu pengakuan seorang lelaki selepas anak perempuannya bergelar ibu paling muda di Britain.
Budak perempuan yang tidak didedahkan identitinya itu bersalin minggu lepas. Bapa kepada bayi tersebut berusia 13 tahun.Dia bertemu dengan kekasihnya tahun lepas ketika dia berusia 11 tahun manakala budak lelaki itu pula berusia 12 tahun.
Bapanya, berkata demikian ketika menghubungi stesen televisyen LBC dan melahirkan rasa bangga kerana kini bergelar datuk.“Kami hanya mengetahui dia mengandung ketika kandungannya berusia lapan bulan. Bayi itu tetap dilahirkan dan meskipun ia menyedihkan, namun anda tidak boleh kembali ke masa lalu.
“ Saya tidak boleh mengawasinya 24 jam, tujuh haruiseminggu. Apa yang boleh dilakukan ialah memberikan sokongan kepadanya,’’ katanya yang turut menyifatkan teman lelaki anaknya itu sebagai budak yang baik.Lelaki itu juga memberitahu bahawa dia akan menanggung cucunya itu dan mereka turut mendapat sokongan daripada ibu bapa budak lelaki berkenaan.
Semalam ibu muda itu yang mempunyai adik perempuan berusia tiga tahun dan adik lelaki berusia sembilan tahun, telah mendaftarkan kelahiran berkenaan dengan jabatan pendaftaran.Rekod ibu termuda di Britain sebelum ini dipegang oleh April Webster dan Nathan Fishbourne. April mengandung ketika dia berusia 13 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan